Cari:
Perlumbaan Antarabangsa "4+2" ASEAN
2017-12-18 13:15:51 CRI Cetak

Perlumbaan Antarabangsa "4+2" ASEAN 2018 akan berlangsung pada 20 hingga 29 Januari tahun depan.

Pelumba akan beradu ketangkasan mengendalikan kenderaan empat roda dan dua roda secara berkumpulan, merentasi Xishuangbanna China, kawasan Segi Tiga Emas Laos, serta Chiang Rai dan Chiang Mai Thailand.

Maklum Biro Sukan provinsi Yunnan semalam, seramai 200 peserta dari 50 pasukan telah berdaftar untuk perlumbaan ini.

Pengarah Pusat Perkhidmatan Perhubungan Luar biro tersebut, Zhang Tianyou berkata bahawa selain menguji kemahiran memandu kereta dan berbasikal, perlumbaan ini akan membolehkan peserta menikmati budaya dan pemandangan di sepanjang laluan.

Kata beliau, perlumbaan ini juga akan merancakkan interaksi antara rakyat negara-negara terlibat dalam bidang sukan dan budaya.

Perlumbaan Antarabangsa "4+2" ASEAN 2018 dianjurkan oleh Pusat Perkhidmatan Perhubungan Luar Biro Sukan provinsi Yunnan, Pejabat Pelancongan Thailand di Kunming, dan Jawatankuasa Pengurusan Zon Ekonomi Khas Segi Tiga Emas Laos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China