Cari:
8 Maut Akibat Tanah Runtuh di Indonesia
2017-12-19 19:05:16 CRI Cetak

Lapan pelombong maut manakala lapan lagi cedera akibat tanah runtuh yang berlaku di cerun gunung berapi Merapi, Jawa Tengah, Indonesia semalam.

Demikian maklum jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Indonesia, Sutopo Purno Nugroho dalam satu kenyataan pada hari yang sama.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada pukul 10.00 pagi, ketika pekerja sedang melombong pasir dan batu dari sebuah tebing curam.

Tambah beliau, pasukan penyelamat telah menemui mayat lapan mangsa, dan kemungkinan ramai lagi masih tertimbus dalam runtuhan kerana jumlah pelombong yang bekerja di lokasi semasa kejadian berlaku masih belum diketahui.

Punca kejadian sedang disiasat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China