Cari:
Duterte Tinjau Kawasan Dibadai Kai-tak
2017-12-19 19:06:36 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengetuai rombongan pegawai kerajaan mengadakan tinjauan udara ke kawasan yang dilanda taufan Kai-tak, semalam.

Beliau turut mengarahkan badan-badan kerajaan terus menjalankan misi mencari dan menyelamat di kawasan berkenaan, bagi menemukan mangsa yang masih hilang.

Duterte menyatakan, kerajaan akan membantu petani pulih daripada bencana tersebut.

Jurucakap Pejabat Presiden Filipina, Harry Roque semalam memaklumkan bahawa taufan itu telah membadai beberapa provinsi di bahagian tengah Filipina, mengakibatkan 31 orang kehilangan nyawa dan 49 masih lagi hilang. Lebih 270 ribu orang terjejas.

Menurut Jabatan Meteorologi Filipina, setakat pukul 2.00 petang semalam, taufan Kai-tak telah beredar dari pulau Palawan. Cuaca buruk diramalkan reda petang ini atau esok.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China