Cari:
Ribut Tropika Tembin Meragut 200 Nyawa di Filipina
2017-12-24 14:46:22 CRI Cetak

Ribut tropika Tembin membaidai pulau Mindanao, selatan Filipina pada awal pagi 22 Disember lalu, dan membawa hujan lebat yang mengakibatkan bencana banjir dan tanah runtuh. Setakat ini, ribut tropika ini telah menyebabkan 200 orang mati, manakala lebih 70 lagi hilang.

Demikian dilaporkan oleh jurucakap Jabatan Polis Negara Filipina semalam. Menurut laporan tersebut, 135 mangsa korban di beberapa provinsi di utara pilau Mindanao, 47 lagi dari Semenanjung Zamboanga.

Pusat ribut tropika Tembin telah beredar dari pulau Mindanao setakat pukul 11.00 pagi semalam, namun ia akan membawa kesan di pulau Palawan, barat daya Filipina dan beredar dari Filipina pada 24 atau 25 bulan ini.

Filipina dilanda cuaca buruk pada kebelakangan ini. Taufan Kai-tak pernah menyebabkan sekurang-kurangnya 80 orang mati atau hilang pada awal bulan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China