Cari:
Kebakaran di Filipina, 37 DiKhuatiri Maut
2017-12-24 14:58:31 CRI Cetak

Kebakaran berlaku di sebuah pusat beli-belah di bandar Davao, selatan Filipina semalam, 37 orang yang dilaporkan hilang dalam kebakaran itu dikhuatiri maut.

Menurut jabatan bomba tempatan, sebuah kedai perabot yang terletak di tingkat tiga pusat beli-belah itu terbakar pada pukul 9.30 pagi semalam. kebakaran menjalar ke pejabat pusat panggilan sebuah syarikat yang berada di tingkat empat bangunan berkenaan. Banyak kakitangan terperangkap dalam lokasi itu.

Pasukan bomba dikejarkan ke lokasi tersebut sebaik sahaja menerima panggilan. Kebakaran itu dipadamkan lebih 10 jam kemudian. Penyelamat masih mencari mangsa yang hilang.

Naib Datuk Bandar Davao, Paolo Duterte berkata, mangsa cedera telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Disebabkan asap dan api yang teruk, ahli penyelamat tidak mampu memasuki pejapat di tingkat empat itu. Setakat pukul 5 pagi tadi, 37 kakitangan pusat panggilan itu masih belum ditemui.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkejar ke tempat kejadian pada awal pagi tadi dan bersama dengan ahli keluarga mangsa hilang untuk menunggu berita terkini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China