Cari:
Ekonomi Singapura Tumbuh 3.5% pada 2017
2018-01-03 13:09:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Ekonomi Singapura tumbuh pada kadar sekitar 3.5% pada tahun 2017, lebih tinggi berbanding 2% yang direkodkan tahun sebelumnya.

Anggaran tersebut diumumkan Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura pada 2 Januari lalu.

Menurut data MTI, sektor pembuatan menyaksikan pertumbuhan paling besar pada sekitar 10.5%, jauh lebih tinggi berbanding 3.6% pada 2016.

Sebaliknya, industri pembinaan sektor awam dan swasta menguncup 8.1%, berbeza ketara dengan pertumbuhan 0.2% pada 2016.

Data suku keempat 2017 yang diumumkan pada hari sama menunjukkan bahawa ekonomi Singapura tumbuh 3.1% pada tempoh tersebut berbanding 2016, namun kekal lebih rendah daripada kadar pertumbuhan sekitar 5.4% pada suku ketiga sebelumnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China