Cari:
Li Keqiang: Mekanisme LMC Bawa Faedah kepada Lima Negara Mekong
2018-01-11 16:07:46 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menghadiri Sidang Pemimpin Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) ke-2 yang diadakan di Phnom Penh semalam, menyimpulkan hasil kerjasama LMC dan mengemukakan rancangan kerjasama yang baharu untuk membawa faedah kepada penduduk serantau.

Li Keqiang berkata, sejak pembentukan mekanisme kerjasama LMC pada dua tahun yang lalu, ia telah menjadi salah satu mekanisme kerjasama yang paling dinamik dan berhasil di rantau ini. China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi Kemboja, Myanmar, Thailand, dan Vietnam, manakala rakan dagangn kedua terbesar bagi Laos. Menurut statistik awal, perdagangan China dengan kelima-lima negara tersebut pada tahun 2017 berjumlah USD220 trilon (RM877.36 trilon), meningkat 16% berbanding tahun 2016.

Beliau menyatakan, pinjaman wang termasuk pinjaman berfaedah rendah sebanyak RMB10 bilion (RM6.12 bilion) yang dijanjikan China telah dilaksanakan secara berperingkat untuk menyokong lebih 20 projek infrastruktur dan industri di negara-negara aliran Sungai Mekong. China bersedia terus melaksanakan quota pinjaman wang yang dikemukakan dalam sidang pemimpin LMC pertama dan menyediakan pinjaman tambahan yang bernilai RMB7 bilion (RM4.28 bilion) untuk menyokong projek yang berkaitan.

Li menegaskan, kesihatan merupakan asas kebahagiaan rakyat dan kemakmuran negara. China bersedia menubuhkan mekanisme pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dengan negara-negara berkaitan untuk menjaga kesihatan rakyat di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China