Cari:
Kesan MH370 Hanya Libatkan Satu Kawasan Pencarian
2018-01-14 15:09:21 CRI Cetak

Menurut Utusan Malaysia, seorang ahli oseanografi dari Pertubuhan Penyelidikan Industri dan Saintifik Komanwel (CSIRO) berkata, pencarian baharu pesawat MH370 perlu memfokuskan pada skala 35 darjah selatan di selatan Laut Hindi.

Dr. David Griffin mahu kapal Ocean Infinity yang memulakan misi baharu pencarian tersebut menumpukan sekitar kawasan tersebut.

Beliau mendakwa, pesawat itu berada di lokasi berkenaan selepas para penyiasat Australia percaya bahawa lima mod kawalan autopilot berbeza MH370 telah dihidupkan semasa pesawat itu terhempas.

Namun menurut sumber media ABC, sumber yang rapat dalam siasatan itu memaklumkan hanya satu daripada lima mod autopilot itu yang menghala ke kawasan kemalangan pada 35 darjah selatan iaitu kawasan arus laut yang menuju ke Afrika.

Ketua Eksekutif Ocean Infinity, Oliver Plunkett berkata, kapal Seabed Constructor yang meninggalkan pelabuhan Durban di Afrika Selatan pada minggu lalu dijangka akan sampai ke selatan Laut Hindi pada 17 Januari ini untuk memulakan pencarian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China