Cari:
Kerjasama Pragmatik China, Vietnam Makin Kukuh
2018-01-19 12:36:00 CRI Cetak

Kedutaan Besar Vietnam ke China mengadakan jamuan sempena ulang tahun ke-68 hubungan diplomatik kedua-dua negara, di Beijing semalam.

Duta Besar, Dang Minh Kho dalam ucapannya menyatakan hubungan dan kerjasama muhibah dengan China diutamakan dalam dasar luar Vietnam.

Kedua-dua negara perlu meningkatkan kesalingpercayaan politik serta kerjasama pragmatik dalam segenap aspek. Hal ini sesuai dengan kepentingan rakyat dan bermanfaat bagi kemakmuran serantau bahkan dunia.

Penolong Menteri Luar China, Chen Xiaodong pula menyatakan bahawa kerjasama pragmatik antara China dengan Vietnam melibatkan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), kapasiti pengeluaran, infrastruktur dan ekonomi rentas sempadan semakin kukuh.

Persahabatan dan kerjasama saling menguntungkan merupakan aspirasi bersama kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China