Cari:
Eksport Thailand Dijangka Tingkat 6% pada Tahun 2018
2018-01-30 13:30:05 CRI Cetak

Jumlah eksport Thailand dijangka meningkat 6% pada tahun 2018. Antaranya peralatan elektronik, getah, dan petroleum menduduki nisbah yang besar. Demikian unjuran Kementerian Perdagangan Thailand semalam.

Menteri Perdagangan Thailand, Apiradi Tantraporn dalam mesyuarat bersama perusahaan swasta telah membincangkan prospek eksport negara itu tahun ini. Beliau memberitahu media bahawa para peserta menjangkakan jumlah eksport Thailand pada tahun 2018 akan mencatat USD 250 bilion.

Jabatan Penggalakan Perdagangan Antarabangsa Thailand akan melaporkan hasil statistik mesyuarat bersama tersebut kepada pihak-pihak berkuasa yang berkaitan, agar menganalisis dan menyusun kadar pertumbuhan eksport serta rancangan tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China