Cari:
Projek Klinik Mudah Alih Bantuan China di Kemboja
2018-02-02 14:33:01 CRI Cetak

Perjanjian pelaksanaan projek klinik mudah alih bantuan China di Kemboja ditandatangani di Phnom Penh, ibu negara Kemboja semalam.

Kaunselor ekonomi Kedutaan Besar China ke Kemboja, Li An dalam majlis penandatangan itu berkata, Kemboja merupakan sahabat China. Klinik mudah alih itu akan memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di kawasan mundur di Kemboja.

Menteri Kesihatan Kemboja, Mam Bun Heng merakamkan terima kasih atas bantuan dan sokongan kerajaan China kepada sektor kesihatan Kemboja. Klinik mudah alih antara hasil kerjasama dalam perkongsian strategik kedua-dua negara dan pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Klinik mudah alih ini akan menawarkan perkhidmatan bahagian penyakit kanak-kanak, bahagian kebidanan dan ginekologi, ENT, bahagian pengubatan gigi dan pemeriksaan fizikal biasa termasuk ultrabunyi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China