Cari:
Tayangan Perdana Filem Kerjasama China-Laos
2018-02-05 14:40:51 CRI Cetak

Tayangan perdana filem "Champa Blossoms" iaitu filem kerjasama pertama China-Laos diadakan di Vientiane kelmarin, dihadiri kira-kira 600 penonton dari kedua-dua negara.

"Champa Blossoms" mengisahkan suka duka percintaan antara dua generasi muda China dan Laos.

Selain ikatan persahabatan yang terjalin dalam kalangan rakyat kedua-dua negara, keindahan pemandangan alam serta budaya dan sejarah Laos turut terserlah dalam filem yang dibintangi barisan pelakon China dan Laos ini.

Penggambaran "Champa Blossoms" dijalankan di China, Laos dan Thailand sejak akhir tahun 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China