Cari:
Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Luar ASEAN Berakhir
2018-02-07 14:40:00 CRI Cetak

Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Luar ASEAN berakhir di Singapura semalam.

Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, menteri-menteri luar negara ASEAN telah membincangkan hal tuju pembangunan Komuniti Bersama ASEAN dan hubungan ASEAN dengan dunia luar.

Semua pihak terlibat bersependapat bahawa ASEAN perlu memperkukuh sektor kewangan dan ekonomi makro, di samping memperkasakan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan rakan kongsi dari rantau lain.

Di samping itu, ASEAN juga menyedari pentingnya menjamin Laut China Selatan sebagai laut yang damai, stabil dan makmur.

Isu keganasan, keselamatan siber dan jenayah transnasional turut dibangkitkan dalam mesyuarat itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China