Cari:
Eksport Thailand Kena Tempias Dasar Cukai AS
2018-02-08 16:09:09 CRI Cetak
Eksport Thailand ke AS terjejas susulan tindakan negara Barat itu melaksanakan cukai terhadap beberapa kategori produk import sebagai langkah untuk melindungi kepentingan syarikat domestiknya.

Langkah terbaharu AS itu mengenakan cukai ke atas mesin basuh dah alat ganti yang diimport dari negara lain termasuk Thailand untuk tempoh tiga tahun, sementara produk dan komponen fotovoltaik (PV) selama empat tahun.

Menteri Perdagangan Thailand, Sontirat Sontijirawong telah mengarahkan Pejabat Perdagangan Antarabangsa di bawah kementeriannya meningkatkan penilaian impak dasar cukai berkenaan terhadap syarikat Thailand.

Menurut dasar baharu AS, jumlah mesin basuh Thailand yang dieksport ke pasaran negara itu dihadkan kepada 1.2 juta unit setahun. Kadar cukai yang dikenakan terhadap produk yang dieksport mengikut kuota tersebut adalah 20%, 18% dan 16% untuk tahun pertama, kedua dan ketiga.

Bagi unit yang dieksport melebihi kuota tersebut, kadar cukai yang dikenakan adalah 50%, 45% dan 40%.

Kuota juga ditetapkan bagi alat ganti mesin basuh, dengan kadar cukai 50% pada tahun pertama untuk jumlah melebihi 50 ribu unit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China