Cari:
Julian Hargai Pengalaman Pyeongchang
2018-02-18 14:22:33 CRI Cetak

Selepas membuat penampilan pertama yang positif di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan, peluncur ais Malaysia, Julian Yee kini berharap dapat meneruskan momentumnya dengan beraksi lebih banyak kejohanan bertaraf dunia.

Julian berkata penampilan sulungnya di temasya itu adalah pengalaman yang cukup berharga.

Atlet berusia 20 tahun itu terlepas satu anak tangga untuk mara ke final tetapi berjaya memperbaiki catatan peribadi terbaiknya.

Julian diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang bagi kontinjen negara pada majlis pembukaan temasya itu.

Kejohanan seterusnya yang bakal disertai Julian ialah Kejohanan Dunia di Milan pada 19 hingga 25 Mac, kejohanan yang sama pentingnya dengan Olimpik Musim Sejuk.

Katanya, Pyeongchang ialah titik permulaan dan skuad Malaysia akan memperbaiki prestasi di pertandingan seterusnya.

----Berita Harian

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China