Cari:
Karnival TBC di Yangon
2018-02-18 18:17:29 CRI Cetak

Karnival Tahun Baharu Cina (TBC) diadakan di China Town Yangon kelmarin, dihadiri hampir 10,000 rakyat tempatan.

Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang ketika berucap merasmikan aktiviti itu berkata, karnival di China Town telah menjadi satu acara sambutan yang melibatkan seluruh masyarakat Cina dan etnik tempatan.

Sambutan hangat seumpama itu mencerminkan masyarakat Myanmar semakin inklusif dan harmoni, sementara komuniti Cina dan tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat kian terbuka dan yakin diri.

Beliau berharap karnival TBC di China Town dapat diteruskan sebagai satu tradisi hingga menjadi jambatan bagi memperkukuh ikatan Pauk-Phaw antara China dengan Myanmar.

Ketua Menteri Yangon, Phyo Min Thein mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh masyarakat Cina.

Beliau berharap rakyat Myanmar dapat bersatu padu menyumbang kepada pembangunan negara dan keharmonian bangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China