Cari:
Barang Bantuan China Disampaikan kepada Kemboja
2018-03-03 14:18:44 CRI Cetak

Majlis penyerahan barang-barang bantuan China kepada Kemboja diadakan di Kementerian Urusan Wanita Kemboja semalam.

Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo berkata, di bawah pimpinan kerajaan Kemboja yang diketuai Perdana Menteri, Hun Sen, pembangunan wanita di Kemboja terus mencapai kemajuan. Kedudukan wanita dalam arena politik, ekonomi dan masyarakat terus meningkat sehingga memainkan peranan yang semakin penting dalam pembangunan negara dan kemajuan sosial. Interaksi kaum wanita antara komponen penting dalam hubungan China-Kemboja dan memberikan sumbangan besar bagi mengintensifkan perkongsian strategik kedua-dua negara.

Menteri Urusan Wanita Kemboja, Ing Kantha Phavi dan Ketua Pengarah Persatuan Perkembangan Damai Kaum Wanita Kemboja, Meach Sotheary merakamkan terima kasih atas sokongan dan bantuan China dan menyatakan bahawa bahan bantuan dan latihan pegawai membantu untuk menggalakkan pembangunan wanita di negara itu. Pihaknya akan memanfaatkan bahan bantuan tersebut bagi membantu golongan wanita meningkatkan kemampuan, mengambil kerja, dan membaiki kehidupan.

Bahan bantuan ini termasuk komputer, ambulans dan kereta penumpang kecil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China