Cari:
Sarang Penyu Gergasi Asia Ditemui di Kemboja
2018-03-23 15:28:31 CRI Cetak

Sebanyak 35 sarang penyu gergasi cangkerang lembut Asia ditemui di tebing Sungai Mekong di wilayah Kratie, Kemboja baru-baru ini.

Maklum persatuan perlindungan haiwan tempatan kepada media semalam, 20 daripada sarang itu mengandungi sejumlah 663 telur, sementara telur di 15 sarang lagi telah dicuri.

Penyu gergasi cangkerang lembut Asia adalah spesies terancam, namun kegiatan mengumpul secara haram, menjual dan memakan telur penyu air tawar itu masih berlaku.

Persatuan tersebut telah menugaskan perlindungan sarang itu kepada empat anggotanya. Setakat ini, 132 anak penyu telah menetas dan sedang dijaga dengan rapi sebelum dilepaskan ke sungai.

Penyu gergasi cangkerang lembut Asia sejenis penyu maserba yang hidup di Asia Tenggara. Spesies ini pernah disangka pupus sebelum ditemui semula di kawasan Sungai Mekong di Kemboja. Kini, haiwan ini termasuk dalam senarai merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN Red List).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China