Cari:
Simposium Ulang Tahun Perkongsian China-ASEAN
2018-03-29 11:07:30 CRI Cetak

Simposium antarabangsa sempena ulang tahun ke-15 perkongsian strategik China-ASEAN diadakan di Nanning, Guangxi semalam, disertai hampir 200 pegawai, pakar dan sarjana serta wakil dewan perniagaan.

Antara topik perbincangan, termasuk pewujudan pola baharu kerjasama ekonomi, peluang baharu yang dibawa kerjasama inovasi dan peningkatan interaksi sosiobudaya.

Ketua Setiausaha Pusat China-ASEAN, Yang Xiuping dalam ucapan pada simposium itu menyatakan usaha kedua-dua pihak untuk menaiktarafkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) bukan sahaja akan menjana pembangunan China dan ASEAN sendiri, malah kemakmuran serantau.

Duta Besar Singapura ke China, Stanley Loh Ka Leung pula mencadangkan negara-negara ASEAN terus merancakkan kerjasama dengan China dalam bidang teknologi kewangan, e-dagang dan pembangunan bandar pintar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China