Cari:
Pekerja China Digalakkan Jadi "Cheng Ho Era Baharu"
2018-04-04 14:45:46 CRI Cetak

Selaku duta bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan Indonesia, pekerja di syarikat modal China digalakkan menjadi "Cheng Ho era baharu", yang terus menyumbang kepada persahabatan kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan oleh Konsul Jeneral China ke Surabaya, Gu Jingqi ketika meninjau tapak pembinaan projek lebuh raya Solo-Kertosono yang diusahakan Syarikat Jalan dan Jambatan China (CRBC).

Fasa pertama projek tersebut dibina di bahagian tengah dan timur pulau Jawa, sebagai sebahagian lebuh Jakarta-Surabaya yang juga segmen utama jalan tol seluruh pulau. Setelah siap dibina, jalan itu akan menyempurnakan jaringan pengangkutan lebuh raya, membaiki keadaan lalu lintas dan mempercepat pembangunan ekonomi tempatan.

Ini projek lebuh raya pertama CRBC di Indonesia, selepas pembinaan Jambatan Surabaya-Madura dan Jambatan Tayan Kalimantan.

Gu Jinqi berkata, CRBC, pembangun infrastruktur besar di China, mengutamakan keselamatan di tapak kerja dan menggalakkan pengetahuan tentang budaya kerja syarikat, bagi memenuhi tanggungjawab serta menjana sektor pekerjaan dan latihan tenaga profesional tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China