Cari:
China, Laos Meterai MoU Harta Intelek
2018-04-04 13:58:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Satu memorandum persefahaman (MoU) kerjasama melibatkan hak harta intelek telah dimeterai antara China dengan Laos di Vientiane pada 2 April lalu.

Menurut MoU tersebut, Laos akan memberi pengiktirafan terhadap paten China melalui penilaian berkenaan.

Pesuruhanjaya Jabatan Hak Harta Intelek Negara China, Shen Changyu dan Naib Menteri Teknologi Laos, Humphan Inthalath mewakili kerajaan masing-masing menandatangani MoU kerjasama tersebut.

Shen Changyu berkata, pemeteraian MoU tersebut amat signifikan bagi kerjasama antara China dengan Laos. Hal ini turut akan menggalakkan semakin banyak syarikat inovatif dari China menjalankan pelaburan di Laos pada masa depan.

Melalui kerjasama dua hala dalam bidang hak harta intelek, kedua-dua negara diharap akan bekerjasama untuk menggalakkan inovasi teknologi serta mengintensifkan pertukaran ekonomi dan perdagangan.

Humphan Inthalath pula berkata, Laos juga berharap China membantu negaranya memupuk bakat dalam bidang berkenaan pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China