Cari:
• Shinzo Abe Luaskan Pengaruh Jepun di ASEAN 2013-11-20
Baru-baru ini, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah melawat ke Kemboja dan Laos. Setakat ini, beliau telah menjejak kaki ke semua negara anggota ASEAN dalam tempoh tidak sampai setahun sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Para penganalisis berpendapat, Shinzo Abe sedang berusaha sedaya-upaya untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan jaminan keselamatan dengan ASEAN supaya memperluas pengaruh Jepun di rantau tersebut.
• Haiyan Uji Kemampuan Filipina, Vietnam Tangani Bencana 2013-11-12
Taufan Haiyan yang membadai Vietnam dan Filipina baru-baru ini mengakibatkan kerugian yang besar. Haiyan yang melanda utara Vietnam semalam, dilaporkan mengakibatkan 14 orang terbuhuh, empat orang hilang dan 81 lagi cedera. Sementara itu, angka korban di Filipina akibat taufan itu terus meningkat.
• Indeks Keyakinan Pengguna Indonesia Paling Tinggi 2013-11-07
Baru-baru ini, AC Nielsen telah mengeluarkan laporan tinjauan suku ketiga tahun 2013 tentang indeks keyakinan pengguna (CCI) dunia. Laporan itu menunjukkan bahawa CCI Indonesia mencatat 120, yang paling tinggi di dunia. Walaupun angka itu telah menurun empat mata berbanding suku kedua tahun ini, namun ia 26 mata lebih tinggi berbanding dengan angka purata dunia iaitu 94.
• Sektor Perkhidmatan, Penjana Baharu Ekonomi ASEAN 2013-11-01
Berdasarkan statistik terkini yang diumumkan oleh Sekretariat ASEAN minggu lalu, sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepuluh negara anggota ASEAN adalah paling tinggi, diikuti oleh sektor perindustrian. Manakala, sumbangan sektor pertanian menurun berturut-turut dalam tujuh tahun yang lalu.
• CNRP Adakan Tunjuk Perasaan di Kemboja 2013-10-25
Selepas tunjuk perasaan yang diadakan pada bulan September lalu, Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) selaku parti pembangkang, mengadakan perhimpunan di Phnom Penh kelmarin untuk menggesa siasatan berkecuali diadakan atas dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya sebelum ini.
• Manila Minta Maaf Atas Kes Tebusan Hong Kong 2013-10-24
Parlimen bandar Manila, Filipina baru-baru ini meluluskan resolusi permohonan maaf dengan nama kerajaan bandar itu berkaitan peristiwa tebusan pada 23 Ogos 2010 yang mengakibatkan lapan pelancong Hong Kong maut manakala tujuh lagi cedera.
• Vietnam akan Menjadi Pasaran Pengangkutan Udara Baharu Ketiga Terbesar di Dunia 2013-10-24
Seiring dengan perkembangan pesat pasaran pengangkutan udara Vietnam, hubungan ekonomi, perdagangan dan pelancongan antara China dengan negara itu diyakini akan menjadi semakin erat pada masa depan.
• Presiden Xi Optimistik Terhadap Prospek Asia Pasifik 2013-10-08
Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "Memperdalam Pembaharuan dan Keterbukaan Demi Masa Depan Asia Pasifik yang Lebih Cemerlang" dalam Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bali, Indonesia semalam.
• Malaysia Operasi Besar-besaran Tangkap PATI 2013-09-26
Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa sejak operasi besar-besaran untuk menangkap pendatang haram atau pendatang asing tanpa izin (PATI) dilaksanakan di seluruh negara mulai 1 September lalu, setakat 16 September, seramai 4,356 orang PATI telah ditangkap, antaranya 1,355 adalah warga Indonesia.
• Kerajaan Malaysia Digesa Tingkatkan Kawalan Siber 2013-09-20
Media Malaysia baru-baru ini merayu kepada orang ramai supaya menggunakan budi bicara dan meningkatkan kesedaran regulasi diri ketika berhadapan dengan suasana siber yang agak rumit dan pelbagai saluran maklumat, dan kerajaan sepatutnya bertindak untuk mengintensifkan penyeliaan dan kawalan siber.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China