Cari:
• Pilihan Raya Umum Myanmar Diselubungi Suasana Tidak Menentu 2015-08-19
Myanmar akan mengadakan pilihan raya umum pada 8 November nanti. Pemilihan kali ini dilihat sebagai ujian kepada perkembangan pelaksanaan proses demokrasi di negara itu yang ditadbir oleh kerajaan junta sejak 25 tahun lalu.
• Letupan Berkembar Cemari Pelancongan Thailand 2015-08-18
Dua kejadian pengeboman masing-masing di luar Kuil Erawan serta persimpangan Ratchaprasong di kawasan pusat bandar Bangkok, Thailand malam tadi meragut 22 nyawa termasuk empat warga China dan mencederakan 123 lagi yang lain, antaranya kebanyakan juga orang China.
• China, ASEAN Semuafakat Terus Laksanakan DOC 2015-07-30
Para peserta bertukar-tukar pandangan mengenai pelaksanaan DOC secara menyeluruh dan usaha mempergiat kerjasama maritim yang pragmatik. Mereka bersependapat bahawa pelaksanaan DOC secara menyeluruh dan berkesan selaras dengan kepentingan bersama dan bermanfaat kepada perkembangan hubungan rakan strategik China-ASEAN.
• Penghantaran Balik PATI Selaras Kelaziman Antarabangsa 2015-07-21
Kerajaan Thailand menghantar balik 109 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga China dan anggota sindiket penyeludupan PATI dari negara Asia Tenggara itu, awal bulan ini. Kesemua mereka dipercayai melakukan perjalanan melalui negara transit, iaitu Thailand dan Turki, untuk menyertai aktiviti militan di Syria dan Iraq atas nama perjuangan jihad.
• CICA Bermanfaat Untuk Keselamatan Asia 2015-06-02
Berdepan dengan risiko dan cabaran tradisional dan bukan tradisional yang semakin rumit, negara-negara Asia berusaha untuk mewujudkan keselamatan yang bersama, komprehensif, bekerjasama dan lestari, serta membincangkan rangka baharu keselamatan dan kerjasama serantau untuk mewujudkan suasana yang menguntungkan semua pihak terlibat.
• Indonesia Nekad Banteras Dadah 2015-04-30
Lapan banduan kes dadah menjalani hukuman tembak sampai mati di lapangan tembak Penjara Nusakambangan, Jawa Tengah, Indonesia awal pagi semalam, di tengah-tengah bantahan masyarakat antarabangsa terhadap hukuman tersebut.
• Mengapa CAB Dipersoalkan Dewan Perwakilan Filipina? 2015-04-29
Perjanjian damai yang dipanggil Perjanjian Komprehensif Bangsamoro (CAB) yang termeterai pada 27 Mac 2014 lalu oleh kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dipersoalkan dalam sesi perbahasan di Dewan Perwakilan Filipina semalam, yang menggesa supaya butiran mengenai penubuhan Parlimen oleh Bangsamoro dibatalkan.
• Apakah Sebenarnya Komuniti ASEAN? 2015-04-28
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 menutup tirainya di Langkawi, Malaysia semalam. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak menekankan tahun 2015 akan menjadi batu tanda dalam sejarah ASEAN apabila visi mewujudkan Komuniti ASEAN menjadi kenyataan menjelang akhir tahun ini.
• China dan ASEAN Corak Masa Depan 2015-04-02
Menteri Luar China, Wang Yi ketika berucap pada Forum Asia Boao di Hainan 28 Mac lalu menghuraikan bahawa Komuniti ASEAN yang siap dibentuk menjelang penghujung tahun ini, satu petanda signifikan dalam penyepaduan Asia, akan mencipta peluang baharu kepada China dan ASEAN untuk mewujudkan Komuniti Berkongsi Nasib, sekali gus mencorakkan masa depan hubungan kedua-dua pihak.
• Titik Permulaan Baharu Kerjasama China-ASEAN 2015-04-01
Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi menyifatkan "Tahun Kerjasama Maritim China-ASEAN" yang dilancarkan sempena berlangsungnya Forum Asia Boao di Hainan baru-baru ini sebagai titik permulaan baharu kerjasama China-ASEAN dalam tempoh tahun ini.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China