Cari:
• Sidang Kemuncak ASEAN Tumpukan Pembinaan Komuniti 2014-05-12
Sidang kemuncak yang bertema " Melangkah Ke Arah Komuniti yang Aman dan Makmur" ini memfokuskan kepada usaha meningkatkan perpaduan ASEAN, mengurangkan jurang pembangunan dan menggalakkan integrasi bagi merealisasikan Komuniti ASEAN menjelang 2015.
• Singapura, Pusat Urus Niaga RMB Luar Pesisir Kedua Terbesar di Dunia 2014-04-30
Menurut Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Dunia (Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication atau SWIFT), jumlah pembayaran dengan RMB di Singapura pada bulan Mac lalu meningkat 29% berbanding bulan Februari, dan meningkat 375% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, iaitu menduduki 6.8% daripada keseluruhan jumlah pembayaran dengan RMB di luar negara. Dengan ini, Singapura mendahului London, sekali lagi menjadi pusat urus niaga RMB luar pesisir kedua terbesar di dunia, selepas Hong Kong.
• Asia Tenggara Tangguhkan Projek Janakuasa Nuklear 2014-04-25
Agensi Nuklear Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa projek pembinaan loji janakuasa nuklear pertama di Semenanjung Malaysia yang dijangka disiapkan menjelang tahun 2021 ditangguhkan. Sementara itu, negara lain di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Filipina turut menunda projek janakuasa nuklear berkenaan.
• Mesyuarat Pegawai Kanan China-ASEAN di Thailand 2014-04-23
Mesyuarat Pegawai Kanan China-ASEAN Ke-20 dan Mesyuarat Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak yang Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) Ke-7 diadakan di Pattaya, Thailand pada 21 hingga 22 April lalu.
• Najib Berjanji Teruskan Operasi SAR MH370 2014-04-04
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di Perth semalam, bagi meninjau lebih dekat operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lepas. Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Australia dan para petugas dari tujuh buah negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370, serta berikrar akan meneruskan pencarian pesawat yang hilang itu. Selepas rundingan, Najib dan rakan sejawatnya dari Australia, Tony Abbott di Perth bersama-sama mengadakan sidang akhbar.
• Perkembangan Terkini Operasi Mencari Pesawat MH370 2014-04-01
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak akan melawat Australia esok untuk melihat sendiri perkembangan terkini operasi mencari selain merakamkan ucapan terima kasih kepada semua anggota yang menyertai operasi berkenaan. Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar semalam.
• Impak Besar Pilihan Raya Senat Terhadap Politik Thailand 2014-03-31
Pilihan raya Senat Thailand berjalan lancar di 77 buah provinsi negara itu semalam. Setiap provinsi akan memilih seorang anggota Senat manakala 73 anggota Senat yang lain akan dilantik setelah tempoh perkhidmatan mereka tamat tiga tahun kemudian.
• Indonesia Batalkan Penggunaan Istilah "Cina" 2014-03-21
Menurut pengumuman yang dikeluarkan melalui laman sesawang sekretariat Preseiden Indonesia kelmarin, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menandatangani Dekri Presiden ke-12 pada 14 Mac lalu, yang membatalkan istilah "Cina" yang mula digunakan sejak tahun 1967 untuk menyebut negara China dan perantau Cina di Indonesia kerana bersifat diskriminasi.
• Pelaburan Jepun di Myanmar Dikritik 2014-03-06
Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun baru-baru ini mengeluarkan laporan mengenai pembangunan kawasan tenggara Myanmar. Namun rancangan tersebut dikritik keras oleh Rangkaian Tindakan Sosial dan Alam Sekitar Karen (KESAN).
• Pembakaran Pokok Plantain di Indonesia Sukar Ditangani 2014-03-04
Pembakaran pokok plantain di Indonesia terus-menerus berlaku sejak awal bulan lalu. Setelah 12 suspek yang terlibat dalam kes ini ditahan pada bulan lalu, polis provinsi Riau mengeluarkan waran tangkap terhadap dua perancang utama yang membakar pokok plantain secara haram di sebuah taman negara di Bengkalis baru-baru ini. Menurut polis, mereka yang melakukan jenayah ini pasti akan dikenakan hukuman.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China