Cari:
• Vietnam Bakal Longgarkan Piawaian terhadap Syarikat Modal Asing 2014-02-27
Seminar tinjauan pendapat umum mengenai pemindaan undang-undang pelaburan Vietnam diadakan di Hanoi baru-baru ini. Pindaan berkenaan dianggap bertujuan untuk menyediakan suasana pelaburan yang lebih telus kepada peniaga asing, meminda prosedur pengesahan dan kelulusan dalam proses pentadbiran dan menangani kesukaran dalam penilaian keberkesanan pelaburan.
• Bajet 2014 Singapura Dikeluarkan 2014-02-25
Singapura membuka lembaran baharu dalam usaha menyempurnakan sistem jaminan sosial, menggalakkan inovasi perusahaan dan mentransformasikan ekonominya menerusi Bajet 2014 yang dikeluarkan oleh parlimen republik itu baru-baru ini. Teras bajet ini adalah "Cipta Peluang untuk Masa Depan, Beri Jaminan kepada Generasi Perintis".
• Dapatkah Perjanjian Damai Bawa Kedamaian kepada Filipina? 2014-01-28
Wakil kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), kumpulan pemberontak antikerajaan terbesar di negara itu memeterai perjanjian penormalan lampiran terakhir dalam perjanjian rangka damai di Kuala Lumpur, Malaysia pada 25 Januari lalu. Perjanjian ini membantu menamatkan konflik bersenjata selama 40 tahun yang mengakibatkan lebih 120 ribu orang terkorban di kawasan Mindanao di selatan negara itu.
• Situasi Thailand Masih Serius 2014-01-27
Ketua Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand, Phuchong Nutrawong menyatakan, pihaknya sentiasa berpendapat bahawa pilihan raya perlu ditangguhkan, dan mereka akan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mengenai sama ada menunda pilihan raya atau tidak esok.
• Yingluck dalam Dilema Ekoran Situasi Darurat Thai 2014-01-24
Hari ini merupakan hari kedua sejak perintah darurat diisytiharkan di bandar Bangkok. Bagaimanapun, keadaan di bandar tersebut tetap tidak berubah. Kumpulan antikerajaan tetap meneruskan tindakan "melumpuhkan Bangkok" dan tidak diganggu oleh polis.
• Bolehkah Jadi Terowong Dasar Laut Malaysia-Indonesia? 2014-01-23
Kerajaan Johor Malaysia telah meminta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membuat kajian kebolehlaksanaan bagi pembinaan sebuah terowong sepanjang 17.5 kilometer yang menghubungkan Kukup, Johor dengan Pulau Karimun, Sumatera Timur, Indonesia.
• Analisis "Skim Bantuan Kesihatan Komuniti" Singapura 2014-01-22
Kini, lebih 520 ribu orang warga Singapura dapat menikmati rawatan bersubsidi di bawah "Skim Bantuan Kesihatan Komuniti" (CHAS) selepas umur kelayakan bagi skim itu diturunkan pada 1 Januari lalu. Mereka yang berpendapatan rendah dan berusia 40 tahun ke bawah boleh mendapatkan kad perubatan biru atau jingga.
• Kumpulan Antikerajaan Lancar Bantahan "Melumpuhkan Bangkok" 2014-01-14
Bermula pukul 9 pagi semalam, penunjuk perasaan antikerajaan Thailand yang berkumpul di Monumen Domokrasi Bangkok bergerak menuju tujuh persimpangan jalan komersial penting di pusat bandar Bangkok di bawah pimpinan Suthep Thuagsuban. Mereka kemudiannya mengepung jabatan kerajaan dan kediaman menteri-menteri serta memutuskan bekalan air dan elektrik di tempat-tempat tersebut. Menurut pihak antikerajaan, bantahan "Melumpuhkan Bangkok" akan diteruskan selama 20 hari hingga tarikh pilihan raya yang dijadualkan pada 2 Februari.
• Indonesia Larang Eksport Bijih Logam 2014-01-13
Larangan pengeksportan bijih logam mula dikuatkuasakan di Indonesia semalam. Kini semua bijih logam perlu diproseskan oleh syarikat Indonesia sebelum dieksport.
• Keselamatan Siber Masalah Serius di Indonesia 2014-01-03
Menurut laporan Jakarta Globe Indonesia, Menteri Komunikasi dan Sains dan Teknologi Maklumat Indonesia, Tifatul Sembiring menyatakan bahawa berdasarkan laporan terkini, jumlah kes penggodaman laman sesawang melebihi 1.2 juta di negara itu pada tahun lalu, iaitu pada puratanya 42 ribu kes berlaku setiap hari. Hal ini menjadikan situasi keselamatan siber Indonesia paling buruk di dunia.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China