Cari:
• Pertukaran Kebudayaan Galak Kerjasama China-ASEAN 2014-07-14
Timbalan Setiausaha Agung ASEAN atas hal ehwal sosial-budaya, Alicia Dela Rosa Bala berkata, pertukaran kebudayaan berperanan penting bagi memperhebat pemahaman mengenai agama, sejarah dan peradaban antara China dan ASEAN.
• Empat Hasil Cemerlang Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN 2014-07-10
Jumlah import-eksport antara China dengan ASEAN meningkat 10.9% berbanding tahun 2012, dengan mencatat USD 443.6 bilion pada tahun 2013. Peningkatan ini juga mendahului kebanyakan rakan dagang China.
• Perusahaan China Berkembang Maju di Malaysia 2014-07-02
Lebih 600 tahun lalu, Laksamana Cheng Ho telah mempererat pertukaran muhibah antara China dan Tanah Melayu serta membangunkan Laluan Sutera Maritim purba ke puncaknya ketika bersinggah di Melaka dalam pelayarannya.
• Provokasi dari Vietnam dan Pendirian China dalam Peristiwa Pelantar Minyak 981 2014-06-09
Pada 2 Mei lalu, pelantar minyak 981 milik syarikat China mengadakan operasi cari gali minyak dan gas asli di kawasan perairan Kepulauan Xisha China. Setakat ini, operasi fasa pertama telah tamat, fasa kedua pula dimulakan pada 27 Mei lalu. Kawasan operasi pelantar minyak 981 berjarak 17 batu nautika dari Pulau Zhongjian China dan garis asas wilayah laut Kepulauan Xisha China, tapi berjarak kira-kira 133 hingga 156 batu nautika dari pantai Vietnam.
• ACC: Bina Jambatan Kesalingpercayaan dan Kerjasama China-ASEAN 2014-06-04
Pusat China-ASEAN (ACC) ditubuhkan pada akhir tahun 2011 berikutan perkembangan pesat hubungan China dan ASEAN. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, ACC sebagai pertubuhan antarabangsa antara kerajaan, telah menunaikan tanggungjawab selaku pusat maklumat dan pusat aktiviti sehenti.
• Lawatan Najib Perkasakan Hubungan China-Malaysia 2014-05-27
31 Mei merupakan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia. China dan Malaysia menetapkan tahun ini sebagai Tahun Pertukaran Persahabatan dan mengadakan pelbagai aktiviti sambutan termasuk saling menghantar kumpulan kesenian dan rombongan belia. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan rasmi ke China bermula hari ini. Ini merupakan lawatan kali kedua beliau ke China selaku perdana menteri.
• Komuniti China-ASEAN Galakkan Pembangunan Stabil 2014-05-21
Menurut Laporan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) untuk suku tahun pertama 2014 yang disusun oleh Majlis Perniagaan China-ASEAN, kerjasama ekonomi dan perdagangan antara satu sama lain pada tahun ini menunjukkan perkembangan baik dan usaha menaiktarafkan CAFTA sedang dilakukan dengan lancar.
• Kaedah Pelaksanaan Peta Garisan Kerjasama Kawasan Pan-Teluk Beibu Semakin Jelas 2014-05-16
Seiring dengan peningkatan kerjasama ekonomi dan pertukaran lawatan rakyat antara China dengan negara-negara ASEAN, peta garisan kerjasama kawasan Pan-Teluk Beibu semakin disempurnakan, dan kaedah pelaksanaannya juga semakin jelas sehari demi sehari.
• Pembangunan China Bermanfaat bagi ASEAN 2014-05-05
Pengarah Pembangunan Hal-Ehwal Komuniti Sekretariat ASEAN, Danny Chian Siong Lee menerbitkan rencana yang bertajuk "Pembangunan China Bermanfaat bagi ASEAN" dalam akhbar Renmin Ribao hari ini. Rencana itu menyebut, pembangunan China merupakan hal yang baik bagi negara anggota ASEAN. 
• Operasi Mencari MH370 Masuk Fasa Baharu 2014-04-29
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott semalam mengadakan sidang taklimat di Canberra yang mengumumkan operasi mencari MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi memasuki fasa baharu.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China