Pemeteraian MOU antara ITBM, SSAP dan Pusat Kebudayaan Han

2019-07-12 15:25

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Institut Terjemahan dan Buku Malaysia telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan Social Sciences Academic Press China (SSAP) dan Pusat Kebudayaan Han.Usaha ini dijangka akan membawa banyak karya berkualiti di Malaysia untuk menembusi pasaran China yang mempunyai potensi pembaca lebih besar.Di samping itu, kerjasama ini berpotensi untuk mengeratkan hubungan kedua-dua negara dalam bidang penerbitan, penterjemahan dan pertukaran kesarjanaan.