Penduduk di China
CRI


China merupakan negara yang penduduknya paling banyak di dunia, pada penghujung tahun 2002, jumlah penduduk di China berjumlah sebilion 284 juta 530 ribu orang (angka itu tidak meliputi penduduk di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Khas Makau dan Provinsi Taiwan), kira-kira menduduki 1/5 jumlah penduduk di dunia. China juga merupakan salah satu negara yang kepadatan penduduk tinggi di dunia (kepadatan penduduk purata mencatat kira-kira 135orang/kilometer persegi). Taburan penduduk juga tidak seimbang di China, penduduk ramai di bahagian timur dan berkurangan di bahagian barat; penduduk padat di kawasan sepanjang pantai di bahagian timur, melebihi 400 orang setiap kilometer persegi; angka itu mencatat lebih 200 orang setiap kilometer persegi di bahagian tengah; penduduk di kawasan dataran tinggi di bahagian barat berkurangan dengan tidak mencukupi 10 orang setiap kilometer persegi. Pada masa ini, umur jangkaan penduduk China purata meningkat kepada 71.40 tahun (antaranya umur lelaki 69.63 tahun, umur wanita 73.33 tahun), lebih tinggi 5 tahun daripada umur purata di dunia, lebih tinggi 7 tahun berbanding dengan negara dan kawasan membangun, akan tetapi lebih rendah 5 tahun berbanding dengan negara dan kawasan maju.

Pada tahun 2002, kadar peningkatan penduduk China terus menurun, jumlah penduduk di Tanah Besar pada penghujung tahun 2002 mencatat sebilion 284 juta 530 ribu orang. Antaranya, jumlah penduduk di bandar dan pekan berjumlah 502 juta 120 ribu orang, menduduki 39.1%; jumlah penduduk di desa berjumlah 782 juta 410 ribu orang, menduduki 60.9%. Jumlah lelaki di China mencatat 661 juta 150 ribu orang, jumlah wanita mencatat 623 juta 380 ribu orang. Nisbah penduduk dari umur 0 hingga umur 14 tahun mencatat 22.4%, nisbah penduduk dari umur 15 hingga umur 64 mencatat 70.3%, nisbah warga tua yang berumur 65 tahun ke atas mencatat 7.3% dengan warga tua berjumlah 93 juta 770 ribu orang. Penduduk yang dilahir di seluruh negara pada tahun 2002 berjumlah 16 juta 470 ribu orang, kadar kelahiran mencatat 12.86; jumlah kematian mencatat 8 juta 210 ribu orang, kadar kematian mencatat 6.41; penduduk meningkat 8 juta 260 ribu orang seluruh tahun 2002, kadar peningkatan penduduk mencatat 6.45.