Keadaan Ringkas tentang Taiwan
中国国际广播电台


Lokasi
: Taiwan terletak di pinggir tenggara Tanah Besar China dan merupakan sebuah provinsi kepulauan. Seluruh Provinsi Taiwan terdiri daripada lebih 80 buah pulau termasuk Pulau Taiwan, kepulauan di perairan sekitarnya serta Kepulauan Penghuliedao. Keluasan darat seluas kira-kira 36 ribu kilometer persegi.

Taiwan menghadapi Laut Timur di bahagian utara, bersempadan dengan Kepulauan Liuqiu di timur-laut, menghadapi Laut Pasifik di timur, bersempadan dengan Selat Bashi di selatan dan berjiran dengan Filipina, menghadapi Provinsi Fujian Tanah Besar China di barat melalui Selat Taiwan, dan jarak paling dekat hanya 130 kilometer. Taiwan terletak di pusat laluan perkapalan Laut Pasifik Barat dan lokasi strateginya amat penting sekali.

Selat Taiwan: Selat Taiwan sepanjang kira-kira 380 kilometer dari selatan ke utara, dan selebar kira-kira 190 kilometer dari timur ke barat. Tempat yang paling sempit ialah dari Xinzhu, Taiwan ke Pingtan Fujian Tanah Besar China, jaraknya hanya 130 kilometer. Jika mendaki gunung di pantai laut Fujian semasa cuaca baik, boleh nampak awan dan kabus di gunung Pulau Taiwan bahkan gunung Jilong di bahagian utara pulau itu.

Topografi: Pulau Taiwan menduduki lebih 97% keluasan keseluruhan Provinsi Taiwan dan merupakan pulau terbesar di China. Taiwan mempunyai banyak gunung dan bukit yang menduduki 2/3 keluasan keseluruhan, dan tanah latar tidak sampai 1/3. Gunung Pusat, Gunung Yushan, Gunung Xueshan, Gunung Ali dan Gunung Taidong merupakan 5 gunung terbesar di Pulau Taiwan. Keistimewaan topografi pulau Taiwan ialah: bahagian tengah tinggi dan kedua-dua belah rendah, gunung pemisah ialah Gunung Pusat. Puncak utama Gunung Yushan, 3997 meter di atas paras laut, ialah puncak tertinggi di Pulau Taiwan.

Iklim dan Keluaran Tempatan: Taiwan terletak antara kawasan moderat dengan kawasan tropikal, dan beriklim subtropikal. Disebabkan menghadapi laut di 4 arah dan dipengaruhi muson laut, iklim Taiwan moderat sepanjang tahun, tidak sejuk semasa musim sejuk dan tidak panas semasa musim panas. Suhu purata tahunan kira-kira 22 kecuali kawasan pergunungan. Kebanyakan tempatnya tidak salji sepanjang tahun dan sajli hanya kelihatan di gunung yang paras lautnya 3,000 meter ke atas. Taiwan kerap hujan dan sering dipengaruhi taufan.

Keluasan perhutanan di Taiwan menduduki lebih separuh keluasan keseluruhannya iaitu lebih sekali ganda luas dari Switzerland—negara hutan yang terkenal di Eropah. Jumlah simpanan kayu balak mencapai lebih 300 juta meter padu. Disebabkan perubahan iklim, Taiwan mempunyai banyak jenis pokok antaranya hampir 4,000 jenis pokok kawasan tropikal, subtropikal, moderat dan sejuk dan merupakan taman botani semulajadi yang terkenal di Asia. Keluasan hutan ekonomi menduduki 4/5 keluasan keseluruhan hutan Taiwan. Taiwan mempunyai paling banyak pokok kamfor di dunia. Serbuk kamfor dan minyak kamfor yang dihasilkan dari pokok kamfor merupakan keluaran istimewa Taiwan dan jumlah pengeluarannya menduduki 70 jumlah keseluruhan dunia.

Pulau Taiwan juga tempat pertemuan aliran air laut sejuk dengan aliran air laut hangat, maka hasil perikanannya berjumlah banyak. Jenis ikan kira-kira lebih 500. Perairan perikanan terkenal termasuk Gaoxiong, Jilong, Suao, Hualian, Xingang dan Penghu. Selain itu, garam laut Taiwan juga agak terkenal dalam tempoh jangka masa panjang yang lalu.