Keadaan Ringkas Wanita di China
CRI


Setakat akhir tahun 2002, penduduk wanita di China berjumlah 62 juta, menempati 48.5% jumlah penduduk China. Kerajaan China menumpukan perhatian terhadap perkembangan wanita, menjadikan mewujudkan sama rata antara kaum lelaki dengan kaum wanita sebagai dasar negara asas bagi meningkatkan perkembangan sosial China. Semasa menetapkan dasar makro negara, kerajaan China mematuhi prinsip kaum wanita menyertai hal ehwal negara secara sama rata dengan kaum lelaki, berkembang dan mendapat keuntungan bersama, menyediakan jaminan politik dan undang-undang yang kukuh bagi kemajuan kaum wanita.

Sejak pertengahan tahun 1990-an, kerajaan China menetapkan dan mengumumkan “Program Perkembangan Wanita China” dalam tempoh lima tahun dan dalam tempoh 10 tahun untuk melindungi hak dan kepentingan yang sah kaum wanita, menyempurnakan iklim sosial bagi memajukan perusahaan kaum wanita. Kaum wanita di China bukan sahaja menikmati hak yang sama dengan kaum lelaki dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, kebudayan, sosial dan keluarga, tetap juga menjadi komponen penting dalam usaha kerajaan China memelihara dan menjamin hak asasi manusia disebabkan hak istimewanya dan semakin menarik perhatian kerajaan dan seluruh masyarakat. Disebabkan usaha bersama kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat China, kedudukan kaum wanita meningkat dengan ketara di China, kualiti mereka disempurna, kemajuan perusahaan kaum wanita memasuki era perkembangan yang baru.