Kaum Wanita Sertai Aktiviti Politik
CRI


Berdasarkan Perlembagaan China, kaum wanita memiliki hak politik yang sama rata dengan kaum lelaki di China; kaum wanita memiliki hak mencalon, hak dicalon, hak menyertai pengurusan hal ehwal negara dan hak menyandang jawatan kerajaan. Antara wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-10, wakil wanita berjumlah 604 orang, menduduki 20.2% jumlah wakil; wakil tetap wanita berjumlah 21 orang, menduduki 13.2% jumlah wakil tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China. Antara anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China ke-10, anggota wanita berjumlah 373 orang, menduduki 16.7% jumlah wakil pertubuhan itu, anggota tetap wanita berjumlah 35 orang, menduduki 11.7% jumlah anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China. Untuk menjamin jumlah wanita yang menyertai perbincangan hal ehwal negara dan politik mencatat kadar yang tertentu agar kaum wanita menikmati hak politik yang penuh, kerajaan China membentuk dan melengkapi mekanisme melatih dan memilih pegawai wanita. Pada tahun 2003, seramai tujuh wanita menyandang jawatan pemimpin China, mereka ialah: Naib Perdana Menteri China Wu Yi, Naib Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan China He Luli, Gu Xiulian dan Wuyunqimuge, Ahli Dewan Negara Chen Zhili, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China Liu Yandong dan Hao Jianxiu. Dalam 28 kementerian Dewan Negara China, terdapat seorang menteri wanita dan 15 naib menteri. Pegawai wanita peringkat provinsi, kawasan dan kaunti di China berjumlah 5056 orang, antaranya pegawai peringkat provinsi berjumlah 56 orang, datuk bandar dan naib datuk bandar hampir 500 orang. Kesedaran kaum wanita untuk menyertai perbincangan hal ehwal negara dan politik telah meningkat, kadar wanita yang menyertai pemilihan wakil Kongres Rakyat Kebangsaan tempatan mencatat 73.4%.

Matlamat utama yang dikemukakan dalam “Program Perkembangan Wanita China” (2001-2010) yang dilaksanakan pada masa ini meliputi: meningkatkan taraf pengurusan dan ketetapan kaum wanita untuk menyertai hal ehwal negara dan masyarakat; meningkatkan kadar wanita dalam pegawai pengurusan pentadbiran, sekurang-kurangnya terdapat seorang pegawai wanita dalam kumpulan pimpinan kerajaan pelbagai peringkat, pegawai wanita harus dimiliki dalam separuh ke atas badan kerajaan peringkat kementerian(suruhanjaya), provinsi(wilayah autonomi, bandar yang langsung di bawah pentadbiran kerajaan), kawasan(bandar, negeri), meningkat jumlah pegawai wanita jabatan utama atau jabatan penting, kadar pegawai wanita dalam jumlah pegawai, kadar pegawai wanita dalam badan kerajaan, perusahaan yang jumlah pekerja wanita banyak; meningkatkan kadar pegawai wanita dalam komuniti petani di desa dan komuniti penduduk kediaman; memperbanyak cara dan meningkatkan taraf kaum wanita menyertai perbincangan hal ehwal negara dan politik secara demokratik.

Kerajaan China secara aktif menyediakan iklim masyarakat yang baik bagi kaum wanita menyertai perbincangan hal ehwal negara dan politik, misalnya: meningkatkan latihan dan pendidikan terhadap pegawai wanita, melatih tenaga profesional wanita yang mempunyai pelbagai keupayaan, meningkatkan kesedaran dan daya persaingan kaum wanita untuk menyertai perbincangan hal ehwal negara dan politik, memberi latihan kepada juruteknik dan pegawai pengurusan wanita untuk meningkatkan kualiti politik dan keupayaan profesional mereka.