Pemimpin Ulung Wanita China
中国国际广播电台
 

 
Song Qingling

Song Qingling (1893—1981) merupakan ahli politik, aktivis dan salah seorang pemimpin kanan Republik Rakyat China. Beliau berasal dari Wenchang Provinsi Guangdong (Provinsi Hainan pada masa ini). Beliau adalah graduan Kolej Wesleyan Macon, Georgia A.S. pada tahun 1913. Beliau berkahwin dengan Sun Yat Sen pada tahun 1915. Setelah Sun Yat Sen meninggal dunia pada tahun 1925, beliau terus mengekalkan tiga prinsip penting iaitu bekerjasama dengan Rusia dan Parti Komunis China serta menyediakan bantuan kepada petani dan buruh. Beliau dipilih sebagai pengerusi kehormat semasa Perhimpunan Persekutuan Antiimperialisme Antarabangsa pada tahun 1927 dan 1929 dan menjadi salah seorang pemimpin kanan Jawatankuasa AntiFasis Dunia. Beliau kembali ke China pada tahun 1931 dan aktif dalam bidang kebajikan. Beliau menyertai aktiviti antipencerobohan Jepun untuk menyelamatkan negara, mengkritik kerajaan Kuomintang menyerahkan diri kepada Jepun dan mengamalkan dasar penindasan terhadap rakyat. Beliau membentuk “Persekutuan Jaminan Hak Demokratik China” pada akhir tahun 1932, menyelamatkan revolusioner yang berjuang untuk mendapat hak demokratik. Beliau dipilih sebagai Pengerusi Persekutuan AntiImperialisme dan AntiPerang Timur Jauh cawangan China pada tahun 1933. Beliau menganjurkan penubuhan “Persekutuan Pembelaan China” di Hong Kong setelah Perang AntiPencerobohan Jepun meletus di China, mengumpulkan ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan untuk menyokong rakyat China.

Setelah China mencapai kemenangan dalam Perang AntiPencerobohan Jepun pada bulan September tahun 1945, Song Qingling menyeru rakyat A.S. menghalang kerajaan A.S. menyokong Chiang Kai Shek mencetuskan perang saudara. Beliau menubuhkan “Tabung Kebajikan China”, berusaha untuk mengembangkan usaha kebajikan kaum wanita dan kanak-kanak. Setelah Republik Rakyat China ditubuhkan, beliau dipilih sebagai Naib Pengerusi kerajaan pusat rakyat China, menyandang jawatan Naib Presiden, Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Pengerusi Kehormat Gabungan Wanita Seluruh China dan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Pembelaan Kanak-kanak Rakyat China. Beliau dipilih sebagai Pengarah Lembaga Perdamaian Dunia pada tahun 1950 dan dianugerahkan bintang Stalin “Perkembangan Perdamaian di Arena Antarabangsa” pada tahun 1951. Beliau dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Perdamaian Rantau Asia-Pasifik pada tahun 1952.


Cai Chang

Cai Chang (1900-1990) merupakan Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-4 dan ke-5. Beliau merupakan revolusioner proletariat agung, pemimpin pergerakan wanita China dan juga ahli aktiviti pergerakan wanita maju antarabangsa yang terkenal. Beliau berasal dari Xiangxiang (Kaunti Shuangfeng pada masa ini) Provinsi Hunan China.

Beliau pernah melanjutkan pelajarannya sambil bekerja di Perancis. Beliau menganggotai Parti Komunis China pada tahun 1923 dan menyertai Long March sejauh 25 ribu kilometer yang terkenal di dunia pada bulan Oktober tahun 1934. Setelah Repubulik Rakyat China ditubuhkan, beliau menyandang jawatan Pengerusi Gabungan Wanita Seluruh China pertama, kedua dan ketiga, Pengerusi Kehormat Gabungan Wanita Seluruh China keempat. Beliau merupakan anggota Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China kelapan, kesembilan, kesepuluh dan kesebelas, Anggota Tetap Konres Rakyat Kebangsaan China pertama, kedua dan ketiga, Naib Pengerusi Konres Rakyat Kebangsaan China keempat dan kelima.



Deng Yingchao

Deng Yingchao(1904-1992) merupakan revolusioner proletariat, ahli politik, aktivis dan juga pemimpin pergerakan wanita China yang terkenal. Beliau berasal dari Nanning Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China. Beliau menyertai Pergerakan “4 Mei” untuk memperjuangkan antiimperialisme dan antifeudalisme pada tahun 1919, bersama-sama dengan beberapa revolusioner China termasuk Zhou Enlai menganjurkan gerakan patriotik pelajar di Tianjin. Beliau berkahwin dengan Zhou Enlai pada tahun 1925, menyertai Long March sejauh 12.5 ribu kilometer yang terkenal di dunia. Beliau pernah dipilih sebagai Pengarah Perhimpunan Pergerakan AntiPencerobohan Antarabangsa cawangan China. Setelah Republik Rakyat China ditubuhkan, beliau menyandang jawatan Naib Pengerusi dan Naib Setiausaha Kumpulan Parti Komunis China Gabungan Wanita Seluruh China pertama, ke-2 dan ke-3, Pengerusi Kehormat Gabungan Wanita Seluruh China ke-4, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Pembelaan Kanak-kanak Rakyat China dan Ketua Pengarah Kehormat Lembaga Persahabatan dengan Luar Negara Rakyat China. Beliau pernah dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Pusat ke-8, ke-9, ke-10, ke-11 dan ke-12 Parti Komunis China, anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat ke-11 dan ke-12 Parti Komunis China, Setiausaha ke-2 Suruhanjaya Disiplin dan Pemeriksaan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, anggota Jawatankuasa Tetap pertama, ke-2 dan ke-3 Konres Rakyat Kebangsaan China, Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap ke-4 dan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan China, Anggota Tetap Jawatankuasa Kebangsaan pertama Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China dan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan ke-6 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China.


Shi Liang

Shi Liang(1900-1985) berasal dari Changzhou Provinsi Jiangsu China. Beliau merupakan Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap ke-5 dan ke-6 Kongres Rakyat Kebangsaan China, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China kelima, Menteri Kehakiman Pertama kerajaan rakyat pusat Repubulik Rakyat China. Salah seorang pemimpin pergerakan wanita China, ahli aktiviti politik dan peguam wanita yang terkenal. Beliau menyandang jawatan peguam ekskutif pada tahun 1931. Beliau ditangkap oleh kerajaan Kuomintang kerana membimbing pergerakan anti pencerobohan Jepun dan menyelamatkan negara pada tahun 1936. Setelah Repubulik Rakyat China ditubuhkan, beliau menyandang jawatan Menteri Kehakiman pertama kerajaan rakyat pusat Repubulik Rakyat China dan anggota Jawatankuasa Politik dan Perundangan Dewan Pentadbiran, wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China pertama hingga keenam, Anggota Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China Kedua hingga kelima, Naib Ketua Pengarah Jawatankuasa Perundangan. Beliau dipilih sebagai Naib Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan China kelima dan keenam, Anggota Tetap Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China pertama hingga keempat, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China kelima, anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China pertama Liga Demokratik China, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pusat pertama hingga ketiga, Pengerusi Jawatankuasa Pusat keempat dan kelima, Naib Pengerusi Gabungan Wanita Seluruh China Pertama hingga keempat.


Wu Yi

Wu Yi(1938--) merupakan Naib Perdana Menteri Republik Rakyat China. Beliau berasal dari Wuhan Provinsi Hubei. Beliau graduan Jurusan Kejuruteraan Penapisan Minyak Fakulti Penapisan Minyak Institusi Minyak Beijing dan merupakan jurutera kanan. Beliau menganggotai Parti Komunis China pada bulan April tahun 1962, bekerja pada bulan Ogos tahun 1962. Beliau pernah menyandang jawatan jurutera, pengurus dan Naib Ketua Kilang. Beliau menyandang jawatan Naib Pengurus dan Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China di Syarikat Petrokimia Yanshan Beijing pada 1983 hingga 1988, menyandang jawatan Naib Datuk Bandar Beijing pada 1988 hingga 1991, menyandang jawatan Naib Menteri dan Naib Setiausaha kumpulan Parti Komunis China Suruhanjaya Ekonomi dan Perdagangan Luar China pada tahun 1991 hingga 1993, menyandang Menteri dan Setiausaha kumpulan Parti Komunis China Kementerian Perdagangan Luar dan Kerjasama Ekonomi China pada tahun 1993. Beliau menyandang jawatan ahli Dewan Negara pada tahun 1998 hingga tahun 2003, menyandang jawatan Naib Perdana Menteri pada bulan Mac tahun 2003, merangkap jawatan Menteri Kesihatan pada bulan April. Wu Yi merupakan calon anggota Jawatankuasa Pusat ke-13 Parti Komunis China, anggota Jawatankuasa Pusat ke-14, ke-15 dan ke-16 Parti Komunis China, calon anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat ke-15 Parti Komunis China dan anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat ke-16 Parti Komunis China.