Undang-undang dan Peraturan Perlindungan Hak dan Kepentingan Kaum Wanita
CRI


Pada masa ini, sistem undang-undang perlindungan hak dan kepentingan kaum wanita, mendorong kaum wanita sama rata dengan kaum lelaki telah dibentuk di China. Sistem undang-undang itu dibentuk berdasarkan Perlembagaan China. Undang-undang tersebut meliputi Undang-undang Sivil, Undang-undang Jenayah, Undang-undang Pilihan, Undang-undang Bekerja, Undang-undang Perkahwinan, Undang-undang Penduduk dan Rancangan Keluarga serta Undang-undang Tanah Berkontrak. Sejak “Undang-undang Jaminan Hak dan Kepentingan Wanita Republik Rakyat China” dikeluarkan pada bulan April tahun 1992, Kongres Rakyat Kebangsaan China telah menggubal 12 undang-undang dan dua peraturan yang melibatkan perlindungan hak dan kepentingan kaum wanita, misalnya Undang-undang Bekerja, Undang-undang Pertubuhan Lembaga Kaum Tani di Desa, Undang-undang Jaminan Hak dan Kepentingan Warga Tua, Undang-undang Penduduk dan Rancangan Keluarga dan Undang-undang Tanah Berkontrak di Desa.

Di samping itu, kerajaan China juga meminda tujuh undang-undang yang berkaitan perlindungan hak dan kepentingan kaum wanita seperti Undang-undang Pilihan, Undang-undang Jenayah dan Undang-undang Perkahwinan. Dewan Negara China menggubal tujuh peraturan dan undang-undang pentadbiran yang berkaitan perlindungan hak dan kepentingan kaum wanita, manakala beberapa badan kerajaan juga menetapkan 98 peraturan berkaitan. Kerajaan pelbagai provinsi, wilayah autonomi dan bandar menetapkan cara pelaksanaan perlindungan hak dan kepentingan kaum wanita. Pelbagai badan dan kerajaan pelbagai tempat juga menetapkan beberapa dokumen untuk mendorong pelaksanaan perlindungan hak dan kepentingan kaum wanita, mereka juga melaksanakan aktiviti perkenalan peraturan tersebut supaya lebih ramai orang mempunyai kesedaran perlindungan hak dan kepentingan kaum wanita.