Hak Kerja Kaum Wanita China
CRI


Untuk menjamin hak kerja kaum wanita, badan kerajaan China sentiasa melaksanakan peraturan dan undang-undang seperti “Undang-undang Kerja”, melarang diskriminasi jantina dalam kerja pengambilan kerja, menjamin kaum wanita menikmati hak pembahagian modal, teknologi dan faktor produksi lain secara sama rata dengan kaum lelaki, menjamin kaum wanita dan kaum lelaki memperoleh jumlah gaji yang sama dalam kerja yang sama, memperkecil jurang perbezaan pendapatan antara kaum wanita dengan kaum lelaki, memperbanyak cara bekerja kaum wanita, mempertimbangkan keperluan wanita dalam proses pembangunan ekonomi dan penyusun semula struktur perusahaan, mengembangkan perusahaan perkhidmatan untuk memberi peluang kerja baru kepada kaum wanita, melaksanakan dasar perlindungan bekerja pekerja wanita, membimbing pelbagai perusahaan atau syarikat memasukan peraturan perlindungan bekerja pekerja wanita ke dalam kontrak bekerja dan kontrak kolektif, melindungi pekerja wanita pada masa haid, hamil, kelahiran dan menyusui bayi; kaum wanita di desa menikmati hak secara sama rata dengan kaum lelaki seperti hak tanah berkontrak, hak produksi dan urus niaga, hak pembahagian tanah rumah persendirian, bayaran pampasan tanah, bayaran saham dan lain-lain, di samping itu, menyediakan pelbagai latihan kepada tenaga kerja lebihan kaum wanita di desa untuk membantu mereka bekerja di tempat yang bukan menghasilkan barangan pertanian.