Keadaan Ringkas Wanita China Sertai Aktiviti di Dalam dan Luar Negara
CRI


Sejak memdapat kedudukan yang boleh menyertai semua sidang PBB pada bulan Jun tahun 1995, Gabungan Wanita Seluruh China menyertai secara aktif pelbagai aktiviti banyak hala PBB serta antarabangsa, menghantar wakil untuk menyertai banyak sidang PBB, misalnya Persidangan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Persidangan Jawatankuasa Kedudukan Kaum Wanita, Perhimpunan Khas PBB tentang Isu Wanita, Perhimpunan Khas PBB tentang Isu Kanak-kanak, Persidangan Pemimpin Dunia tentang Isu Perkembangan secara Berterusan dan lain-lain. Semasa menyertai sidang tersebut, Gabungan Wanita Seluruh China memberi sumbangan untuk memelihara perdamaian dunia, hak perkembangan negara-negara membangun serta perkembangan perusahaan kaum wanita sejagat.

Pertubuhan wanita China memainkan keunggulan diplomatik kalangan rakyat untuk melaksanakan pertukaran dan kerjasama dengan pertubuhan wanita di luar negara. Pada masa ini, Gabungan Wanita Seluruh China telah menjalin hubungan persahabatan dengan 700 pertubuhan wanita dan kanak-kanak di 151 buah negara, menyertai pengurusan isu wanita PBB dan banyak hala, berjaya mengadakan pelbagai sidang antarabangsa banyak hala skop besar seperti Persidangan Wanita Sedunia Keempat, Sidang Pertukaran Pengalaman Tindakan selepas Persidangan Wanita Sedunia, Seminar Isu Wanita China-Kesatuan Eropah, Sidang Pemimpin Wanita APEC dan lain-lain. Gabungan Wanita Seluruh China juga melaksanakan projek kerjasama antarabangsa untuk menyediakan perkhidmatan kepada kaum wanita dan kanak-kanak China dan menjadi pertubuhan wanita yang memainkan peranan penting di dunia.