Ubat-ubatan Tradisional China
中国国际广播电台

       

Ubat-ubatan tradisional China ialah bahan ubat untuk mencegah, mendiagnosis dan merawat penyakit, ubat-ubatan tradisional China termasuk ubat herba, ubat dari binatang, ubat galian serta sebahagian ubat bahan kimia dan ubat biologi. Penciptaan dan penggunaan ubat-ubatan di China sudah bersejarah selama beberapa ribu tahun. Tetapi panggilan ubat-ubatan tradisional China diwujudkan lebih lambat, setelah perubatan barat diedarkan ke China, untuk membezakan kedua-dua jenis perubatan, ubat China baru mula dipanggil ubat-ubatan tradisional China.

Sejarah Ringkas Ubat-ubatan Tradisional China

Terdapat satu riwayat terkenal di China tentang seorang dewa bernama Shen Nong, beliau cuba memakan lebih 100 jenis rumput untuk menjadi ubat herba dan pernah ketemu 70 jenis racun dalam satu hari. Riwayat tersebut mencerminkan rakyat China pada zaman kuno menemui bahan ubat dalam perjuangan dengan alam sekitar dan penyakit, dan juga mencerminkan ubat-ubatan tradisional China berasal dari bekerja.

Pada zaman Dinasti Xia, Shang dan Zhou(penghujung abad ke-22 sebelum Masihitahun 256 sebelum Masihi), rakyat China sudah mencipta arak ubat-ubatan dan air ubat. Karya “Shijing” pada zaman Dinasti Zhou Barat(kira-kira abad ke-11 sebelum Masihitahun 771 sebelum Masihi) merupakan dokumen yang mencatat ubat-ubatan paling awal di China. “Neijing” ialah bukan teori perubatan tradisional China paling awal yang ditemui sekarang, buku itu telah mengemukakan teori seperti “kasih kepanasan kepada orang yang badannya sejuk dan kasih sejuk kepada orang yang badannya panas” dan teori-teori yang lain, buku itu telah meletakkan dasar untuk teori asas ubat-ubatan tradisional China.

Pada zaman Dinasti Qin dan Dinasti Han(tahun 221 sebelum Masihitahun 220 Masihi), ramai dokter telah menyimpulkan banyak data-data ilmu ubat-ubatan dan menyunting buku “Shennongbaicaojing”. Buku itu telah mencatat 365 jenis ubat-ubatan, banyak ubat yang dicatat dalam buku itu masih digunakan dalam klinikal sampai masa sekarang, buku tersebut telah melambangkan penubuhan secara peringkat awal ilum ubat-ubatan di China.

Pada zaman Dinasti Tang(tahun 618 Masihitahun 907 Masihi) ekonomi yang makmur telah mendorong perkembangan ilmu ubat-ubatan China. Kerajaan Dinasti Tang telah menyunting kamus ubat-ubatan yang pertama di dunia, iaitu “Bencao Dinasti Tang”. Buku itu mencatat 850 jenis ubat dan memasuki gambar ubat, ini selanjutnya menyempurnakan sistem ilmu ubat-ubatan tradisional China.

Sehingga zaman Dinasti Ming(tahun 1368 Masihitahun 1644 Masihi), dokter terkenal China Li Shizhen dalam tempoh 27 tahun telah menyunting “Bencaogangmu”, buku ilmu ubat-ubatan yang terkenal di China. Buku itu telah mencatat 1892 jenis ubat dan merupakan buku ilmu ubat-ubatan yang paling hebat dalam sejarah China.

Setelah China baru ditubuhkan pada tahun 1949, kerajaan China telah mengadakan pengkajian dalam bidang yang meluas, termasuk ilmu tumbuh-tumbuhan, ilmu penetapan penyakit, ilmu kimia, ilmu klinikal dan lain-lain, ini telah menyediakan bukti dari segi sains untuk menetapkan sumber ubat, perbezaan asli dengan palsu bahan ubat serta menghuraikan fungsi bahan ubat. China telah menerbitkan “Catatan Ubat-ubatan Trasisional China” peringkat kebangsaan dan tempatan pada tahun 1961 berdasarkan penyiasatan umum sumber bahan ubat kebangsaan. Pada tahun 1977, China telah menerbit “Kamus Ubat-ubatan Tradisional China”, buku itu mencatat 5767 jenis ubat tradisional China. Di samping itu, China juga menerbitkan banyak buku panduan ubat-ubatan tradisional China, karya ubat herba tempatan serta surat khabar dan majalah yang berkaitan dengan ilmu ubat-ubatan tradisional China, selain itu, banyak badan pengkajian, pengajaran dan pengeluaran ubat tradisional China telah ditubuhkan.

Sumber Ubat-ubatan Tradisional China

Wilayah China sangat luas, geografinya rumit dan iklimnya bermacam-macam, ini telah menyediakan suasana ekologi yang kepelbagaian dan menyediakan kemudahan untuk pengeluaran bahan ubat. Sekarang, jumlah ubat tradisional China mencapai lebih 8 ribu jenis, lebih 600 jenis ubat sering digunakan dalam kalangan rakyat. Jumlah jenis ubat China paling tinggi di dunia. China mengeksport ubat tradisional China ke lebih 80 negara dan kawasan dan ubat China telah mendapat nama baik di dunia.

Penggunaan Ubat Tradisional China

Ubat tradisional China bersejarah lama dan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan bangsa China, sehingga sekarang, ubat tradisional China masih memainkan peranan yang penting dalam pengubatan dan penjagaan sesihatan rakyat China. Teori ubat-ubatan tradisional China telah mencerminkan ciri budaya China. Kebanyakan ubat tradisional China ialah ubat dari alam sekitar dan kesan sampingannya kecil. Sejenis ubat China boleh mengandungi banyak jenis bahan, boleh merawat banyak jenis penyakit. Satu jenis ubat tradisional China boleh menggabungkan banyak jenis bahan ubat, secara rasional menyusun semula bahan-bahan dalam ubat itu bukan sahaja boleh merawat penyakit sulit, tetapi juga boleh meningkatkan efisiennya dan mengurangkan kesan sampingan.

Penggunaan ubat-ubatan tradisional China berdasarkan teori perubatan tradisional China dan menurut kesan ubat terhadap badan manusia. Kesan rawatan ubat tradisional China tergantung kepada kesan ubat itu. Sifat ubat tradisional China dibahagikan kepada dingin, panas, hangat dan sejuk atau masam, pahit, manis, pedas dan masin. Untuk secara selamat dan berkesan menggunakan ubat tradisional China, mesti mahir pengetahuan asas tentang penggabungan bahan ubat, patang memakan, jumlah dan cara penggunaan. Menggabungkan ubat ialah menggunakan 2 jenis ubat atau lebih bersama-sama dalam rawatan berdasarkan keadaan penyakit dan sifat ubat tersebut. Pantang termasuk pantang penggabungan kepelbagaian ubat, pantang hamil, pantang makanan dan pantang musim. Jumlah penggunaan klinikal bermakna jumlah penggunaan sejenis bahan ubat atau jumlah penggunaan ubat seharian untuk orang dewasa, dan juga kadar penggunaan kepelbagaian bahan dalam sejenis ubat.

Perkembangan Ubat-ubatan Tradisional China

Tujuan pengkajian ubat-ubatan tradisional China pada masa akan datang ialah, mewarisi pengalaman tradisional dan mencipta ubat baru yang bagus dalam pengeluaran bahan ubat, meningkatkan pengkajian dalam projek biologi dan bidang sains dan teknolig canggih yang lain, meningkatkan penanaman tumbuhan bahan ubat liar dan lebih 20 jenis bahan ubat import yang permintaan pasarannya tinggi, mengadakan penyiasatan dan penerokaan tentang sumber bahan ubat yang baru.