Dinasti Sui dan Dinasti Tang
CRI


Dinasti Sui yang bersejarah 37 tahun itu bermula dari tahun 581 hingga tahun 618. Raja pertama Dinasti Sui, Yang Jian telah memberi sumbangan dalam usaha kawalan pegawai dan menggubal undang-undang yang baru. Selain itu, sistem pemeriksaan juga dibentuk pada masa itu untuk memilih pegawai kerajaa.

Dinasti Tang yang bersejarah 289 tahun itu ditubuhkan pada tahun 618 dan digulingkan oleh Zhu Wen pada tahun 907. Selepas Dinasti Tang ditubuhkan, raja Li Shimin telah mengambil masa selama sepuluh tahun untuk menyatukan negara.

Selepas Li Shimin naik takhta, China mencapai kejayaan yang besar dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan. Masyarakat China aman dan makmur, rakyat pun hidup dengan bahagia dan harmoni. Manakala Rusuhan Anshi yang berlaku selepas itu menyebabkan Dinasti Tang semakin merosot.

Pelbagai sistem masyarakat telah dibentuk secara beransur-anur pada Dinasti Sui dan Dinasti Tang, antaranya termasuk sistem kawalan pegawai, sistem pemeriksaan kebangsaan dan sistem kutipan cukai.Kerajaan pada kedua-dua dinasti itu juga melaksanakan dasar luar yang positik, dengan itu pertukaran ekonomi dan kebudayaan antara China dengan luar negara dijalankan dengan lancar. Dalam bidang kesusasteraan pula, kejayaan yang amat besar telah dicapai dalam penggubahan sajak, antara para penyajak yang unggul ialah Li Bai, Du Pu, Bai Juyi, Yuan Zhen, Li Shangyin dan Du Mu. Kesenian kaligrafi Yan Zhenqing serta kesenian lukisan Yan Liben, Wu Daozi, Li Sixun dan Wang Wei juga sangat bernilai dalam kesenian tradisional China.

Kerajaan sering mengalami kekacauan politik pada akhir Dinasti Tang, pergerakan pemberontakan kaum petani pun selalu berlaku pada masa itu. Pemberontakan Huanghao yang diketuai oleh Zhu Wen telah berjaya menggulingkan pemerintahan kerajaan Tang. Selepas itu Zhu Wen bertakhta menjadi raja dan memulakan Dinasti Houliang.