Riwayat Huang Di Melawan Chi You
中国国际广播电台


Khabarnya pada beberapa ribu tahun lalu, terdapat pelbagai puak tinggal di kawasan perairan Sungai Kuning dan Sungai Yangtze China. Huang Di ialah pemimpin puak yang terbesar di kawasan Sungai Kuning. Yan Di ialah pemimpin satu lagi puak yang terkenal di kawasan itu. Huang Di dan Yan Di ialah saudara. Di kawasan Sungai Yangtze, terdapat satu puak yang bernama Jiuli, pemimpin puak itu bernama Chi You, orangnya sangat garang.

Chi You mempunyai 81 orang saudara, semua saudaranya badannya haiwan dan bermuka manusia, mereka sangat garang dan hebat serta pandai menggunakan pelbagai jenis senjata. Chi You sering membawa puaknya yang hebat menyerang puak yang lain.

Pada suatu kali, Chi You menceroboh tempat diduduki oleh Yan Di dan berperang dengan pasukan tentera Yan Di. Pasukan tentera Yan Di kurang kuat dan digalahkan oleh pasukan tentera Chi You. Yan Di melarikan diri ke Zhulu yang diduduki oleh Huang Di untuk meminta bantuan kepada saudaranya. Huang Di sudah lama ingin membanteras puak Chi You, beliau menjalin hubungan bersekutu dengan puak-puak lain dan mengadakan peperangan dengan Chi You di Zhulu, itulah pertempuran Zhulu yang sangat terkenal dalam sejarah China.

Pada permulaan peperangan itu, tentera Chi You banyak kali mengagalkan pasukan tentera sekutu Huang Di kerana senjatanya hebat dan askarnya kuat. Kemudian, Huang Di telah mengundang naga dan binatang ajaib yang lain membantu beliau dalam peperangan. Walaupun askar Chi You hebat, tetapi mereka tidak boleh melawan binatang ajaib dan masing-masing melarikan diri dari pertempuran.

Huang Di mengetuai tenteranya mengejar pasukan tentera Chi You, tiba-tiba, langit menjadi gelap dan penuh dengan kabus, angin kencang bertiup dan berlaku petir, hujan lebat mula menurun, pasukan tentera Huang Di tidak boleh mengejar lagi. Itu sebab Chi You menjemput dewa angin dan dewa hujan membantu dia dalam peperangan. Huang Di terus mengundang dewa tuarang di langit menghentikan angin dan hujan, cuaca segera menjadi cerah semula.

Chi You seterusnya membuat kabus yang tebal agar askar Huang Di telah sesat jalan. Huang Di membuat sebuah kereta kompas dan menurut arahan bintang Pencedok Besar di langit mengetuai pasukan tenteranya keluar dari kawasan kabus.

Setelah beberapa kali pertempuran, Huang Di telah membunuh 81 orang saudara Chi You dan akhirnya menangkap Chi You secara hidup, Huang Di seterusnya memberi perintah membunuh Chi You. Oleh sebab takut Chi You setelah dibunuh menjadi hantu dan mengakibatkan huru-hara, kepala dan dan badan Chi You dikebumikan di dua tempat yang berjarak jauh.

Setelah Chi You dibunuh, imejnya masih menakutkan orang. Huang Di melukis gambar Chi You di atas bendera tenteranya untuk menggalakkan askarnya berani dalam peperangan, dan juga untuk menakutkan puak-puak yang berani bermusuh dengan puak Huang Di. Akhirnya, Huang Di mendapat sokongan pelbagai puak dan menjadi pemimpin pelbagai puak tersebut.

Huang Di mempunyai banyak bakat dan beliau telah membuat banyak ciptaan seperti teknik pembinaan istana, teknik pembuatan kereta, kapal, pakaian yang berwarna-warni dan lain-lain. Isteri Huang Di mengajar rakyatnya memelihara ulat sutera dan mencipta kepompong, tamadun sutera China adalah dimulakan pada zaman itu. Setelah Huang Di mencipta pagoda, isterinya juga mencipta payung berdasarkan cara pagoda.

Riwayat China pada zaman purba sangat memuja Huang Di, keturunan China semua menganggap Huang Di sebagai nenek moyang orang China dan semua orang China ialah keturunan Huang Di. Oleh sebab puak Yan Di dan puak Huang Di sangat rapat dan akhirnya berkhawin bercampuran, keturunan orang China juga menganggap sendiri sebagai keturunan Huang Di dan Yan Di. Rakyat China juga membina sebuah “Makam Huang Di” di provinsi Shaanxi di tebing Sungai Kuning untuk memperingati nenek moyang bersama semua keturunan orang China. Pada musim bunga setiap tahun, wakil orang Cina dari seluruh dunia berkumpul di makam itu untuk memuja nenek moyang seluruh orang Cina.