Guqin
中国国际广播电台

   

Guqin ialah alat muzik petikan 7 tali di China pada zaman silam. Pada masa dahulu, Guqin disebut “ Qin” atau “Yaoqin”. Alat muzik itu bersejarah lama. Pada Zaman Dinasti Zhou pada lebih 3 ribu tahun yang lalu, Guqin telah dicipta dan dibuat oleh Nenek Moyang bangsa China.

Guqin, bentuknya cantik dan iramanya lantang dan pelbagai jenis. Pada zaman silam, sebelum memainkan alat muzik itu, orang mesti mandi dan bertukar pakaian, kemudian membakar dupa dan duduk di kerusi, meletakkan Guqin di meja untuk dimainkan. Pemain muzik itu memetik Quqin dengan tangan kiri dan tangan kanan memilih tanda bunyi.

Cendekiawan China pada zaman silam berkaitan erat dengan Guqin. Berdasarkan catatan dalam buku sejarah, cendekiawan China memberi sumbangan yang penting bagi penciptaan, permainan dan pempopularan alat muzik itu.

Pembuatan Guqin merupakan kesenian yang istimewa. Pada Zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung, terdapat banyak Guqin yang teknik pembuatannya tinggi dan bunyinya yang merdu. Tetapi, cara pembuatan Guqin sudah hilang tak terwariskan dalam banyak tahun. Walaupun sejumlah Guqin yang diwariskan, kebanyakannya dibuat oleh pemain Guqin, tempat dan sainznya pelbagai kompenen tidak sama. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Pembuatan Guqin telah dipulihkan dan dibaharui supaya alat muzik ini mengeluarkan bunyi yang lebih merdu.

Pemain Guqin boleh menggambarkan perasaan gembira dan kesedihan manusia serta keindahan pemandangan alam melalui persembahan alat muzik itu. Guqin boleh digunakan dalam permainan solo dan iringan muzik alat muzik Xiao dan nyanyian lagu. Antara muzik Guqin yang sedia ada, hampir terdapat separuh ialah muzik Guqin dalam iringan muzik.

Silalah nikmati muzik Guqin yang bertajuk: “ mengalir air dari gunung tinggi”.