Seruling

中国国际广播电台

      

Seruling merupakan sejenis alat muzik bunyi-bunyian yang paling popular di China, disebabkan alat muzik itu dibuat daripada buluh, maka juga dikenal sebagai “zhudi”.

Seruling dibuat dengan sebatang buluh dan badannya dibuka 8 lubang. Lubang pertama untuk ditiup, aliran tiupan masuk ke dalam badan buluh dan mengeluarkan bunyi.

Walaupun seruling itu kecil lagi sederhana, tetapi, alat muzik instrumen itu sudah bersejarah 7 ribu tahun. Kira-kira pada 4,500 tahun yang lalu, bahan buatan seruling diubah dari tulang kepada buluh. Pada zaman Maharaja Hanwu hujung abat pertama sebelum Masihi, seruling itu dikenal sebagai “Hengchui”, alat muzik tersebut menempati kedudukan penting dalam alat-alat muzik tiupan. Mulai abad ke-7, seruling itu telah diubahsuai, teknik permainannya berkembang maju dan boleh meniup muzik yang bertahap sangat tinggi. Hingga abad ke-10, seruling menjadi alat muzik instrumen utama dalam orkestra opera kalangan rakyat dan opera etnik minoriti.

Seruling kaya dengan banyak daya permainan, ia selain boleh memainkan irama yang panjang, tinggi dan lapang, tetapi juga muzik tarian yang riang gembira dan iramanya yang merdu juga ditiup. Selain itu, bunyi-bunyian seruling juga dapat meniru suara burung.

Langgam permainan seruling oleh pemain di China Selatan lebih terang dan indah, seruling yang dimainkan oleh mereka terutamanya ialah Qudi, badan seruling itu agak panjang dan kasar, suaranya tebal dan lembut, terutama dipopularkan di kawasan selatan Sungai Yangtze China.

Langgam permainan seruling oleh pemain di China utara agak tegap, mereka terutamanya menggunakan Bangdi. Badan seruling itu agak pendik lagi halus, bunyi tiupannya lantang dan jelas. Seruling tersebut terutamanya dipopularkan di kawasan utara China.

Muzik: Lawatan di Suzhou