Gong
中国国际广播电台

      

Gong merupakan sejenis alat muzik pukul tradisional China, kedudukannya sangat penting dalam orkes muzik rakyat China. Ia juga dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan tarian dalam pelbagai drama dan opera tempatan China. Gong juga sering dimainkan dalam kumpulan perayaan, pertandingan perahu naga, tarian singa dan lain-lain.

Gong dibuat dengan logam, badan gong ialah sebuah permukaan lengkung, pemain memukul bahagian pertengahan permukaan lengkung itu, jadi badan gong bergentar dan berbunyi.

Gong terlebih dahulu digunakan oleh etnik minoriti di kawasan barat daya China, sehingga abad ke-2 sebelum masihi, seiring dengan pertukaran semakin erat antara pelbagai etnik, gong diedarkan ke kawasan dalam China. Pada masa itu, gong sering digunakan untuk mengarahkan tentera dalam perang. Dalam istilah ketenteraan purbakala China terdapat “memukul gong untuk mengundurkan tentera”.

Kini terdapat lebih 30 jenis gong, yang sering dimainkan ialah gong besar dan gong kecil.

Garis tengah gong besar dapat mencapai 1 meter, bunyinya sangat kuat, sering dimainkan dalam orkes besar atau opera untuk meningkatan suasana.

Gong kecil dibagikan menjadi 3 jenis yang dapat berbunyi tinggi, sederhana dan rendah, ia digunakan sangat luas, sering dimainkan dalam pelbagai opera tempatan tarian kalangan rakyat China termasuk opera Beijing.

Nikmati muzik "Tangkap Ikan"