Pengetahuan Penggunaan Mata Wang di China
中国国际广播电台


Mata wang China--Ren Minbi(RMB) diedarkan dari Bank Rakyat China. Unit RMB ialah Yuan, Jiao dan Fen. 10 Jiao merupakan satu Yuan, 10 Fen merupakan satu Jiao. Wang kertas Yuan bernilai satu, dua, lima, sepuluh, lima puluh dan seratus Yuan. Wang kertas Jiao bernilai satu, dua dan lima Jiao, manakala syiling bernilai satu, dua dan lima Fen.

Pertukaran Wang Asing

Wang Asing yang dapat dipertukar dengan RMB ialah Dolar Amerika, Pound Britain, Franc Perancis, Mark Jerman, Yen Jepun, Dolar Hong Kong, Dolar Singapura, Ringgit Malaysia dan lain-lain.

Berdasarkan peraturan undang-undang pengurusan pertukaran wang asing China, wang asing tidak dapat diguna di China. Untuk memudahkan para pelancong, wang asing boleh ditukar menjadi RMB di Bank China, tempat pertukaran di hotel atau kedai. RMB yang belum dihabiskan boleh ditukar menjadi wang asing berdasarkan resit pertukaran wang asing dalam tempoh enam bulan sebelum ke luar negara.

Kad kredit yang dapat diuruskan di China ialah Master Card, Visa Card, American Express Card, JCB Card dan Diners Card.