Belajar di Universiti di China
CRI


Kalau seorang pelajar asing hendak belajar di universiti, dia mesti mempunyai ijazah tertentu dan mengetahui bahasa Mandarin dengan taraf tertentu mengikut syarat universiti berkenaan. Sesetengah pelajar mesti menduduki peperiksaan masuk universiti. Pelajar asing boleh berhubung dengan pihak universiti melalui internet. Kalau pelajar itu diterima oleh universiti, dia boleh menguruskan prosedur untuk datang ke China dengan mudah. Sekarang 300 lebih universiti menerima pelajar asing.

Yuran universiti di China rendah sekali. Ia berbeza mengikut universiti dan mata pelajaran dan lazimnya adalah RMB 20000 setahun.

Negara China sangat mementingkan perbuatan menarik pelajar asing datang melanjutkan pelejaran mereka di China. Ia adalah satu cara untuk meningkatkan kedudukan antarabangsa bagi sistem pendidikan China dan mewujudkan universiti peringkat antarabangsa. Negara China akan terus mengambil langkah untuk menyempurnakan keadaan pengajaran bagi menarik lebih ramai pelajar datang ke China, terutamanya pelajar ijazah sarjana.

(Pelajar asing di China)