Peribahasa "Hua Bing Chong Ji", atau melukis kuih lempeng untuk melegakan rasa lapar, membawa pengertian sama dengan "Wang Mei Zhi Ke” yang pernah kita kongsi dalam rancangan sebelum ini, iaitu menyenangkan hati sendiri dengan angan-angan yang bukan-bukan.
Peribahasa "Pao Zhuan Yin Yu" menunjukkan sifat rendah hati. Dalam acara umum, orang China suka menggunakan peribahasa "Melemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed" untuk menyampaikan maksud iaitu membentangkan padangan atau karya yang kita anggap kurang matang sebagai permulaan kata untuk mencetuskan pemikiran para pendengar supaya mereka memberi pandangan atau karya yang lebih bijak dan matang.
Pada zaman moden, hidup memang mencabar bagi semua orang kerana kita hidup dalam masyarakat yang sering berdaya saing. Seiring dengan perkembangan globalisasi, kita bukan sahaja menghadapi pesaing dalam negeri, malah seluruh dunia. Dalam keadaan yang rumit ini, berusaha gigih dan consisten ialah satu-satuya jalan untuk memperoleh kejayaan.
Peribahasa "Ye Gong Hao Long" atau "Ye Gong Gemar Akan Naga" ini, membawa erti gemar akan sesuatu yang sebenarnya ditakuti. Ia digunakan untuk mempersenda orang atau golongan yang pada zahirnya sangat berminat kepada sesuatu benda, tetapi hakikatnya bukanlah benar-benar suka kepada benda tersebut, malah takut kepadanya.
Komunikasi adalah proses penyampaian atau pemindahan mesej daripada seseorang individu kepada individu lain, dengan harapan dapat menghasilkan maklum balas atau respon yang dihajati. Berkomunikasi secara berkesan telah menjadi satu kemahiran penting yang harus dikuasai oleh setiap orang. Kemahiran ini penting bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan dapat diterima sepenuhnya.
"Gua Tian Li Xia", singkatan kepada ungkapan "Gua Tian Bu Na Lu, Li Xia Bu Zheng Guan" membawa erti bahawa ketika lalu di ladang tembikai, janganlah mencangkung untuk membetulkan kasut, untuk mengelak daripada disyaki sedang mencuri tembikai, manakala apabila berada di bawah pokok plum pula, janganlah mengangkat tangan untuk membetulkan topi, untuk mengelak daripada disyaki sedang memetik buah plum.
Peribahasa "Tu Si Hu Bei" yang berasal daripada cerita tentang rubah yang berdukacita atas kematian arnab yang menjadi teman rapatnya ini membawa erti, seseorang itu akan berasa sedih dan pilu atas kematian atau kemalangan yang menimpa sahabat karibnya.
Cerita sejarah “Wo Xin Chang Dan” itu memberitahu kita bahawa kejayaan yang kita milikki bukanlah kejayaan yang akan kita milikki selama-lamanya. Kita hendaklah bekerja dengan lebih tekun untuk mengekalkan kejayaan kita pada masa jangka yang panjang.
Mat Jenin, satu watak dalam cerita rakyat Melayu yang mati terjatuh kerana berangan-angan ketika memanjat pokok kelapa. Pengajaran daripada cerita rakyat itu, jangan berangan-angan, buat kerja secara bersungguh-sungguh dan jangan lalai ketika membuat sesuatu pekerjaan, hinggakan lahir peribahasa seperti "angan-angan Mat Jenin"..
Setiap individu perlu membuat keputusan dalam menghadapi sesuatu perkara dalam kehidupan harian. Kita semua pernah mengalami kesukaran dalam membuat sesuatu keputusan kerana takutkan akan risiko. Membuat sesuatu keputusan memang bukanlah hal yang mudah, terutamanya bagi golongan yang memiliki sifat ragu-ragu.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus baru-baru ini mendedahkan bahawa di 49 buah negara kaya, jumlah suntikan vaksin COVID-19 melebihi 39 juta dos, namun di sesebuah negara kurang maju hanya 25 sahaja.
Joe Biden, mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 pada 20 Januari lalu waktu tempatan. Sama ada kerajaan baharu AS dapat menangani hubungan dengan China dan melaksanakan dasar melibatkan China secara rasional dan pragmatik atau tidak, menjadi perhatian umum.
Sempena tempoh penyerahan kuasa pemerintahan Amerika Syarikat (AS), ada seorang politikus masih sibuk memperagakan apa yang disebut 'kegilaan sebelum ajalnya' dengan menghasut konfrontasi dan mencipta tentangan. Itulah Setiausaha Negara AS yang berbangga dengan 'pembohongan, penipuan dan pencurian.'