Bahasa Mandarin di Udara

Pelajaran-1

(Kata Sapaan)

Apa khabar saudara sekalian, dalam pelajaran “Bahasa Mandarin di Udara” pertama ini, kami akan mengajar kata sapaan yang lazim digunakan di Beijing.

Terlebih dahulu untuk pengetahuan sandara, bahasa Mandarin mempunyai empat intonasi utama, iaitu:

Bunyi pertama iaitu mendatar seperti dalam perkataan “mā(妈)” bermaksud “emak”.

Bunyi kedua iaitu menaik seperti dalam perkataan “má(麻)” bermaksud “rami”.

Bunyi ketiga iaitu turun dan naik seperti dalam perkataan “mǎ(马)” bermaksud “kuda”.

Bunyi keempat iaitu menurun seperti dalam perkataan “mà(骂)” bermaksud “mencaci”.

Kata sapaan dalam bahasa Mandarin ialah: “wèn hòu(问候)”.

Di Beijing, kata sapaan yang sering digunakan ialah: “nǐ hǎo(你好)” bermaksud “apa khabar”.

Apabila seseorang mengucapkan “nǐ hǎo” dengan kita,

Maka kita juga membalas dengan ucapan “nǐ hǎo”.

“zǎo shàng hǎo(早上好)” bermaksud “selamat pagi”.

“wǎn shàng hǎo(晚上好)” bermaksud “selamat malam”.

“wǎn shàng hǎo” selalunya diucapkan ketika mengalu-alukan para hadirin dalam majlis yang diadakan pada sebelah malam.

“wǎn ān(晚安)” bermaksud “selamat malam”, tetapi diucapkan kepada seseorang sebelum masuk tidur.

Jadi saudara jangan ucapkan “wǎn shàng hǎo” kepada seseorang yang hendak masuk tidur.

Bagaimana, masih ingatkah saudara dengan perkataan yang kita belajar kali ini?

“nǐ hǎo” bermaksud “apa khabar”,

“zǎo shàng hǎo” bermaksud “selamat pagi”,

“wǎn shàng hǎo” dan “wǎn ān” bermaksud “selamat malam”.

Ingat jangan ucapkan “wǎn shàng hǎo” kepada orang yang hendak masuk tidur.