Bahasa Mandarin di Udara

Pelajaran-3

(Minta Maaf)

Saudara kini tentulah pandai bagaimana hendak mengucapkan “xiè xiè(谢谢)” yang bermaksud “terima kasih”“duō xiè duō xiè(多谢多谢)” yang bermaksud “terima kasih banyak-banyak” dan “bú kè qì(不客气)” yang bermaksud “terima kasih kembali”.

Kali ini kita akan belajar bagaimana mengucapkan “duì bù qǐ(对不起)” yang bermaksud “maaf”.

Saudara juga boleh mengucapkan “hěn bào qiàn(很抱歉)”, bermaksud “berbanyak-banyak maaf”.

“má fán nǐ le(麻烦你了)” bermaksud “maaf kerana menyusahkan kamu”.

Jika saudara terlewat dalam sesuatu temu janji,  ucapkanlah “duì bù qǐ, jiào nǐ děng le(对不起,叫你等了)”.

“jiào nǐ(叫你)” bermaksud “menyebabkan anda”, “děng(等)” bermaksud “menuggu”. Perkataan “le(了)” di sini sebagai kata pertikal bagi menerangkan sesuatu yang sudah berlaku.

“duì bù qǐ, jiào nín děng le(对不起,叫您等了)” bermaksud “Maaf, saya menyebabkan anda menunggu”.

“nín(您)” sama dengan “nǐ(你)” bermaksud anda. “nín” diucapkan kepada orang yang kita hormati.

Apabila seseorang mengucapkan “duì bù qǐ” kepada saudara, saudara jawablah “méi guān xì(没关系)”, bermaksud “tak mengapalah”.

“g” dalam perkataan “guān xì” disebut “k” nipis.

Selain “méi guān xì”,  saudara juga boleh mengucapkan “méi shén mè(没什么)” atau “bú yào jǐn(不要紧)”. Ketiga-tiga perkataan tersebut membawa maksud yang sama.