Bahasa Mandarin di Udara

Pelajaran-10

(Menyebut Angka yang Lebih daripada 1000)

Ni Hao! Saudara semua, dalam pelajaran kali ini, kita akan terus belajar menyebut angka dalam bahasa Mandarin. Sebelum mulakan pelajaran kali ini, kita terlebih dahulu mengulang kaji tentang angka yang kita sudah belajar dalam pelajaran lepas.

Masih ingatkah saudara bagaimana menyebut angka di bawah ini dengan bahasa Mandarin.

“yī(一)“satu”,           èr(二)“dua”,

“sān(三)“tiga”      ,      “sì(四)“empat”,

“wǔ(五)“lima”,    “shí lìu(十六)“enam belas”,

èr shí qī(二十七)“dua puluh tujuh”,

“sān shí bā(三十八)“tiga puluh lapan”,

“sì shí jǐu(四十九)“empat puluh sembilan”,

“wǔ shí(五十)“lima puluh”.

Kita juga telah belajar bagaimana menyebut angka yang lebih daripada seratus.

“wǔ bǎi líng èr(五百零二)502

“lìu bǎi yī shí sān(六百一十三)613,

“qī bǎi èr shí sì(七百二十四)724,

“bā bǎi èr shí sì(八百二十四)824,

“bā bǎi sān shí wǔ(八百三十五)835,

“jǐu bǎi jǐu shí jǐu(九百九十九)999

Dalam pelajaran hari ini, kita belajar bagaimana menyebut angka yang lebih daripada seribu.

“ribu” dalam bahada Mandarin disebut “qiān(千)”.

Jadi saudara boleh membilang:

“yì qiān(一千)” bermaksud “seribu”,

“liǎng qiān(两千)” bermaksud “dua ribu”,

“sān qiān(三千)” bermaksud “tiga ribu”,

“sì qiān(四千)” bermaksud “empat ribu”

“wǔ qiān(五千)” bermaksud “lima ribu” dan seterusnya.

Perkataan “wàn(万)” bermaksud “sepuluh ribu”.

“yí wàn(一万)” bermaksud “sepuluh ribu”.

“liǎng wàn(两万)” bermaksud “dua puluh ribu”.

“liǎng(两)” sama dengan “èr” bermaksud “dua”.

“shí wàn(十万)” bermaksud “seratus ribu”.

Perkataan “bǎi wàn(百万)” bermaksud “juta”.

Jadi “wǔ bǎi wàn(五百万)” bermaksud “lima juta”.

Keluasan wilayah daratan China ialah 9.65 juta kilometer persegi.

9.65 juta disebut “jǐu bǎi lìu shí wǔ wàn(九百六十五万)”.

Kalau saudara hendak menyebut angka sang lebih besar lagi, seperti seratus juta. Saudara boleh pakai perkataan “yì(亿)” yang bermaksud “seratus juta”.

Macam jumlah penduduk di China kira-kira 1.3 bilion.

1.3 bilion disebut “shí sān yì(十三亿)”.

Baiklah, pelajaran kita yang tentang menyebut angka sudah selesai. Adakah saudara sudah pandai menyebut angka dalam bahasa Mandarin. Harapkan suadara sudah pandai semuanya, kerana menyebut angka sangat berguna.