Bahasa Mandarin di Udara

Pelajaran-12

(membeli-belah)

Selamat berjumpa kembali dalam Ruangan Bahasa Mandarin di Udara. Kita sudah belajar nilai mata wang China. Kali ini kita akan belajar bagaimana membelih-belah.

Terlebih dahulu mari kita bersama-sama belajar beberapa perkataan yang baru untuk kali ini.

mǎi”(买) bermaksud “membeli”.

dōng xi”(东西) bermaksud “barang”.

yào”(要)bermaksud “hendak”.

sī chóu” (丝绸)bermaksud “sutera”.

yī fú”(衣服)bermaksud “baju”.

yǒu”(有) bermaksud “ada”.

bié dè”(别的) bermaksud “lain”.

yán sè”(颜色) bermaksud “warna”.

mā”(吗)bermaksud “kah”.

hái yǒu”(还有) bermaksud “ada lagi”.

sān zhǒng”(三种)bermaksud “tiga jenis”.

hóng sè”(红色) bermaksud “merah”.

lán sè”(蓝色) bermaksud “biru”.

bái sè”(白色) bermaksud “putih”.

Sekarang kami sampaikan ahat yang lengkap dalam bahasa Mandarin.

nǐ yào mǎi shén mè?”(你要买什么?) bermaksud “Anda nak beli apa?”

wǒ yào mǎi sī chóu yī fú.”(我要买丝绸衣服) bermaksud “Saya hendak membeli baju sutera.”

yǒu bié dè yán sè mā?”(有别的颜色吗?) bermaksud “Ada warna lainkah?”

hái yǒu sān zhǒng yán sè.”(还有三种颜色。) bermaksud “Ada tiga lagi warna.”

hóng sè, lán sè hé bái sè.”(红色,蓝色和白色。) bermaksud “Ada tiga jenis lagi warna, merah, biru dan putih.”

wǒ yào hóng sè dè.”(我要红色的。) bermaksud “Saya hendak warna merah.”

hái yào bié dè mā?”(还要别的吗?) bermaksud “Mahu apa lagi?”

Saudara semua, sekianlah dahulu pelajaran kali ini, jangan lupa mengulang kaji apa yang kita belajar hari ini. Jumpa lagi dan salam sejahtera.

(Nurhayati & Fadil)