Bahasa Mandarin di Udara

Pelajaran-4

(Kata Silaan / Permintaan)

Ni Hao! Kali ini, kita akan belajar bagaimana mengeluarkan permintaan seperti meminta tolong, meninta kebenaran dan minta jalan.

“qǐng(请)” bermaksud “sila atau tolong”.

“qǐng” seperti dalam ayat “qǐng nín děng yī huǐ er hǎo mā?(请您等一会儿好吗?)”, bermaksud “Bolehkah anda tunggu sebentar?”

“nín(您)” bermaksud “anda”.

“děng(等)” bermaksud “tunggu”.

“yī huǐ er(一会儿)” bermaksud “sebentar”.

“hǎo mā(好吗)” bermaksud “bolehkah?”

“qǐng zuò(请坐)” bermaksud “sila duduk”.

“qǐng hē chá(请喝茶)” bermaksud “sila minum teh.”

“láo jià(劳驾)” selalunya digunakan apabila kita hendak bertanya sesuatu kepada seseorang atau supaya seseorang memberi laluan. Misalnya, apabila saudara hendak keluar dari lif yang penuh sesak, ucapkanlah “láo jià”.

“ké yǐ” apabila berganding dengan pratikal “mā” yang bermaksud “bolehkah” seperti dalam ayat “ké yǐ kàn kàn mā?(可以看看吗)” yang bermaksud “Bolehkah saya tengok?”.

“kàn kàn(看看)” bermaksud “tengok”.

“mā(吗)” dalam ayat ini sama seperti kata partikal “kah”.

“ké yǐ mā(可以吗)” bermaksud “bolehkah” sama seperti   “hǎo mā(好吗)” atau “xíng mā(行吗)”.