Tentang CRI

2018-02-05 12:37:35  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_20161220143831237_28399

Radio Antarabangsa China (CRI) merupakan stesen radio rasmi yang menyiarkan rancangan ke seluruh dunia. Misi CRI adalah memperkenalkan China kepada dunia, memperkenalkan dunia kepada China, serta meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara di dunia.

 

Pada masa ini, CRI menyiarkan rancangan dalam 65 bahasa, termasuk bahasa Mandarin dan empat jenis dialek China.

 

Di samping beberapa banyak biro di pelbagai tempat di China sendiri, CRI mempunyai 30 biro di luar negara untuk menjayakan rancangan tersebut.

 

Pada 27 Februari 2006, siaran radio FM CRI yang pertama di luar negara mula dipancarkan di Nairobi, ibu negara Kenya. Pada 19 November 2006, radio FM CRI di Vientiane, Laos dirasmikan oleh Presiden China, Hu Jintao dan rakan sejawatnya dari Laos, Choummaly Sayasone. Ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian itu, Presiden Hu Jintao berkata: "Bermulanya siaran radio FM CRI di Vientiane ini membina satu jambatan yang baru bagi meningkatkan lagi komunikasi dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara."

 

Sebelum itu, pada tahun 1998, CRI telahpun menubuhkan laman web "CRI Online". Laman web ini menyediakan maklumat dalam 61 jenis bahasa. Setakat penghujung tahun 2007, jumlah tetingkap "CRI Online" yang dilayari oleh pengguna Internet mencatat angka 13 juta setiap hari.

 

Selain itu, CRI juga mempunyai radio FM dalam negeri, termasuk CRI News Radio, Easy FM, Hit FM, Radio Olimpik CRI serta Radio Pengajaran Bahasa. Siarannya boleh didengar di kebanyakan bandar di China seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou, Dalian dan Xiamen. Radio tersebut menyiarkan berita, rencana terkini dan muzik pop. Siarannya amat digemari oleh para pendengar.

 

Program televisyen tentang berita antarabangsa terbitan CRI mula disiarkan ke seluruh negara China pada bulan Oktober 1999. Kini, Pusat Televisyen CRI menyediakan program TV melebihi 5 jam sehari kepada lebih 150 buah stesen dan saluran TV di seluruh China. Saluran TV digital berbayar terbitan CRI pula mengeluarkan program berkait dengan peristiwa dan personaliti yang unik dan menarik di dunia. Di samping itu, CRI juga sedang bergiat dalam media baru dan memiliki lesen untuk TV IP, TV Internet, dan TV telefon bimbit.

 

Sebagai sebuah media penyiaran, CRI juga memiliki syarikat penerbitannya sendiri, iaitu Syarikat Penerbitan CRI dan Syarikat Penerbitan Audio-Visual Siaran CRI. 

王瑾